Saturday, July 21, 2012

Macam-macam Tarbiyah 2

"Kurang asama punya makcik!!! Boleh dia tonyoh kepala anak dia macam dia tonyoh kepala teady bear busuk dia! Kalau dapat pada ana, memang ana cucuk hidug dia guna spatula kat lab tu biar baik resdung dia. Nasih baik ana ini bukan jenis papa jahat. Untung anak-anak ana.."

"Pehallah budak-budak jahil ni bawa motor lagu tu!! Nasib baik anak-anak kat rumah tu tak begitu perangainya."

TARBIYAH SENDIRIAN BERHAD

Yup... Satu kebiasaan bagi sebahagian besar dari kalangan kita ummat Islam hari untuk berkata-kata sepertimana dua ayat di atas. Bagi kita, yang buruk biarlah tepi kain mereka dan keluarga mereka. Kita disini lebih selesa dan suka untuk menyelamatkan tepi kain sendiri yang cantik, yang kita beli di Butik Jikel atau Garamti Silk House.

Cuba bayangkan, jika suatu hari "toke" atau pemilik Garamti Silk House tu di masukkan ke hospital, wad rawatan cemas lagi, kerna didera oleh cucunya. Lalu, butiknya terpaksa ditutup buat sekian waktu. Bukankah pada masa tu  masa beli-belah tepi kain anda juga akan terganggu.??!

Masalah pasti akan berjangkit jika tidak diselesaikan dengan sempurna sepertimana akan berjangkitnya penyakit yang tidak diubati dengan sempurna. Namun, di dalam situasi yang terlibat ini, bukanlah pakar ekonomi atau pakar kaji penyakit yang diperlukan untuk tampil dalam masyarakat tetapi khas untuk situasi ini ialah tarbiyah.

Maka, tidak dapat tidak, tarbiyah itu diperlukan bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk Maniam jiran anda, Zeton bos anda, dan Ah Cai, tuan punya butik Garamti Silk House berserta cucu-cicitnya dan untuk seluruh masyarakat umum.

Tarbiyah itu hanya dikatakan eksklusif  untuk anda  dan keluarga sahaja hanya apabila Maniam, Zeton, dan Ah Cai adalah robot dan anda pada saat tu hanya berurusan dengan vending machine sepanjang hidup anda. Wallahu Waliyyut Taufiq... Nanti kita sambung siri seterusnya ye...

Semoga ALLAH merahmati setiap yang mengambil ibrah dari nukilan ini. Ramadhan Mubarakah 'Alaikum.

Karya Ukhti Auni Fatin M. Zainal / Di "edit" oleh Abdullah Ibnu Ismail



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...