Tarbiyah = Luar Biasa

Bismillah

Tiada manusia yang luar biasa melainkan manusia yang mengenal Islam melalui tarbiyah. Tanpanya manusia akan selamanya berada dalam kegelapan dan kesesatan.

Tanpa tarbiyah, sukar untuk seseorang itu mengenal siapa dirinya dan Tuhannya. Tarbiyah yang dimaksudkan ini ialah tarbiyah yang hadir bersamanya sentuhan terus tangan seorang murabbi.

ALLAH berfirman dengan maksudnya: "Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan al-Hikmah serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui." [al-Baqarah:15]

Begitulah, satu kepastian yang mana hadirnya Rasulullah adalah untuk memastikan ummatnya ditarbiyah secara langsung dengan sentuhan tangan seorang murabbi. Lihat saja bagaimana kekuatan tarbiyah Rasulullah apabila Umar al-Khattab si pemenggal kepala mendapat jaminan kenabian selepas Rasulullah jika masih perlu diutuskan, Khalid al-Walid si pembunuh unggul di muliakan sebagai "pedang ALLAH" yang melumpuhkan lasykar fasik, dan Mus'ab bin Umair, hartawan yang fakir dunia kerana mengejar seni kematian yang paling indah. Dan hasilnya, terbentuklah raksasa ketumbukan dakwah yang merejangkan gelombang dakwah dan rahmat-NYA ke seluruh alam. Sehinggalah berlaku perubahan kepada landskap dunia di mana dunia yang sebelum ini gelita dengan kebejatan maksiat bersinar dengan kesucian dan keunggulan umat manusia yang suci ruhinya.

Inilah kesan daripada proses tarbiyah. Ia asbab besar kepada perubaan yang besar buat manusia. Bukan hanya menjadikan akal mereka semakin celik dan cerdas, tetapi lebih dahsyat lagi pabila ia menghasilkan insan yang mempunyai ruh dan melangkah dengan kemuliaan akhlak dan kebersihan jiwa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...