Friday, July 20, 2012

Kopi Pakcik Yoshi... Sedap!!!

 Bismillah...

"Each and every grinder has different character that brings all kinds of combination. So, you're going to have to tame the grinder  get the best result"

Begitulah petua yang lahir dari mulut Pakcik Yoshi, seorang penggemar kopi yang juga hebat membuat kopi. Seperti yang kita sedia maklum, kerja si pembuat kopi tidak semudah yang kita sangka. Kopi yang terbaik adalah optimum (cukup-cukup) jumah airnya, optimum juga dari suhunya dan bijinya pula dikisar dengan baik. 

Terkesan dengan peristiwa tsunami di tanah airnya, Jepun, Pakcik Yoshi dengan Van Volkswagen kuningnya menziarahi mangsa-mangsa tsunami. Kehadiran beliau disana bukan sekadar untuk melemparkan pandangan dan rasa simpati, tapi untuk berkongsi kopi. Yup, kopi buatan beliau sendiri!!! Sambil mangsa-mangsa tsunami menikmati kopi enak Pakcik Yoshi, mereka turut dihiburkan dengan alunan muzik daripada koleksi piring hitam beliau. 

Bukan sahaja kepulangan beliau ditanya sebabnya, kehadiran beliau juga dinanti-nantikan oleh mangsa-mangsa tsunami tersebut kerana bukan sahaja kopi beliau yang mereka dapat nikmati bahkan cara-cara untuk membuat kopi yang enak juga diajarkan kepada mereka tanpa sedikit pun perasaan curiga atau bimbang andai ilmunya dieksploitasi oleh orang lain. Inshaa ALLAH, ini kerana niat beliau ikhlas mahu membantu meringankan beban mangsa-mangsa tsunami. Baikkan Pakcik Yoshi kita ini? :)

Jadi, apa kaitan Pakcik Yoshi yang nun jauh di Jepun sana dengan kita yang berada di tanah Melayu yang ombaknya paling tinggi pun setakat 5 kaki ini? Kopinya pun, sah-sah tak mampu kita rasa? Hoho... 

Sebentar! Bukankah setiap perkara yang ALLAH cipta itu mampu bertindak sebagai dalil atau asbab atau lebih tepat lagi dalam situasi ini ialah sebagai tamsilan (perbandingan). Fikirkan, dalam tarbiyah kita dididik dan diasuh oleh murabbi kita. Namun, apa yang cuba disuburkan tidak semudah ABC, kerana kita dididik dengan penuh rasa cinta dan prihatin sehinggalah kita mampu dan mahu bergerak menjadi seorang aktivis dakwah yang "soleh wa musleh" (baik lagi membaiki).

Telitikan dengan teliti tamsilan ini; andai kita adalah biji kopi yang baik, namun tidak dikisar dengan baik, mungkinkah sedap kopi yang bakal terhasil? Andai pula kita adalah serbuk kopi "3in 1) yang sudah sedia dikisar elok oleh pengilang, tak perlu dikisar lagi kan? Namun, ia masih tidak dapat menjamin rasa yang enak jika yang menjadi teman bancuhan serbuk tadi ialah suhu yang salah dan jumlah air yang melebihi keperluan. Itu belum diambil kira lagi pada aspek jenis biji kopi dan jenis pengisarnya. 

Setiap dari kita sama, sama manusia dan sama memerlukan tarbiyah, cuma berbeza, berbeza pada penerimaan kerna berbeza jiwa yang dikurniakan. Ada yang ditarbiyah, suka dipeluk cium dan mungkin ada juga ditepuk tampar. ada yang boleh terus berlari dan pasti ada juga yang perlu diajar berdiri. Sepertimana air dan suhu yang optimum diperlukan untuk terhasilnya dari biji kopi itu kopi yang mampu menenangkan mereka yang menikmatinya, maka begitulah tarbiyah itu diperlukan untuk terhasilnya dari kalangan kita insan-insan yang mulia keperibadiannya hingga menenangkan bila dipandang. 

Kopi baik yang terhasil dari gabungan biji kopi, air, dan suhu yang baik, akan menggerakkan si pembuatnya untuk berkongsi nikmat kenakannya dengan insan lain. Lebih-lebih lagi dalam situasi Pakcik Yoshi kita ini. Beliau sedar bahwa mangsa-mangsa tsunami itu sedang dalam kesusahan dan keperitan. Apa yang mampu beliau lakukan ialah berkongsi secawan kopi untuk mengubati kedukaan mereka dengan sedikit ketenangan, dan beliau berjaya melakukannya. 

Namun, jika diletakkan pula dalam situasi kita umat Islam, perkataan 'lebih-lebih lagi' di atas itu sangat perlu digandakan kepada x10 memandangkan kita sedia sedar bahawa ramai sahabat Muslim kita yang masih jauh dari Islam yang sebenar, hakikatnya, juga sedang berada dalam kepertitan dan kedukaan. 

Jika secawan kopi dan sedikit alunan lagu mampu mengubati kedukaan mangsa-mangsa tsunami tersebut, bagaimanakah pula dengan tarbiyah Islamiyah yang mampu merubah peribadi Saidina Khalid al Walid yang unggul membunuh para sahabat di medan uhud akhirnya gagah sebagai pedang ALLAH membela Islam di medan yang sama cuma berbeza tempatnya. FIKIR & DZIKIRKAN..... Wallahu Waliyyut Taufiq

Semoga ALLAH merahmati setiap yang mengambil ibrah dari kisah ini. Ramadan Mubarakah 'Alaikum. Assalam

Karya asal oleh Hadi Pahmi / Di "edit" oleh Abdullah Ibnu Ismail

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...