Suatu masa dahulu, perkataan
"Tarbiyah" itu umpama satu perkataan "alienization" yang mampu memakhluk
asingkan kita yang menyebut dan mendengarnya. Sehinggakan hendak
menyebutnya sahaja kita perlu toleh kiri dan toleh kanan terlebih
dahulu. Agak "LINE CLEAR BRO" (lepas menoleh hingga tak mampu toleh dah)
barulah berpeluang untuk mengungkapkan perkaatn yang satu tu, namun
masih berbisik. Lagi-lagi bila semua orang dah tahu anda ialah abang dan
kakak itu. Abang dan kakak yang sangat rajin terbang pagar (fly gate)
semasa di sekolah dahulu sehingga menjadi pelajar pilihan warden di beri
kasih sayang yang lebih sedikit. Maka, untuk menyebutnya merupakan
sesuatu yang sangat tidak sejuk (baca: cool) serta kelihatan seperti
budak baik dan calon menantu pilihan makcik-makcik di kampung halaman.
Anda
dan tarbiyah, boleh dan sangat sesuai untuk dicipta peribahasa baru
bagi menggambarkan "kemesraan" hubungan antara keduanya - umpama
perjalanan seekor siput dari Segamat ke Pulau Hawaii. Perrghh!!! Lebih
dahsyat daripada jauh panggang dari api bunyinya. Betulkan???
Untuk
pengetahuan semua, tarbiyah bukan satu jenis saja tapi ada banyak
(sebenarnya satu saja). Yang pertama: TARBIYAH COSWAY... Apatu???
Tarbiyah jenis ini terwujud apabila kita yang sudah sangat molek dan
comel bersama dalam usrah, PONTENG usrah dan segala yang berkaitan
denganya, lalu gantikannya dengan menghadiri ceramah Ustaz Izhar Idrus
setiap bulan sekali.
Meninggalkan
tarbiyah sekarang mungkin nampak baik saja bagi kita, tetapi hakikatnya
tindakan tersebut bagai melepaskan keturunan kita kedalam bahaman
raksasa taghut pada masa akan datang. Mana tidaknya, masyarakat sekarang
yang kadang-kadang lebih dahsyat terukya daripada haiwan. Anak sendiri
didera, ibu bapa dilayan bagiakan hamba sahaya, saling menjatuhkan
dengan SERONOKNYA seperti bermain permainan saidina.
Terbiasanya
isu-isu tersebut hinggalakan sudah tidak laku lagi untuk dimuatkan
sekalipun dimuka paling belakang akhbar 'metro'. Dan realitinya suasana
begini sedang membentuk guru dan pemimpin untuk anak-anak kita suatu
hari nanti. Sementara kita pula memberi kesempatan kepada semua itu
untuk terus menyubur hanya kerana kita tidak berada sendiri di tempat
kejadian.
Jadi
marah kita yang "OVER" pada masyarakat yang semakin rosak hanyalah
marah setempat atau lebih tepat 'marah kedai kopi' yang jangkanya sangat
pendek. Sama seperti marahnya kanak-kanak yang tidak dapat makan ais
krim satu kupang Ah Cai di tepi Pantai Merdeka.
Yang kedua... Sambung siri-2 nanti ye......
Wallahu Waliyyut Taufiq. Semoga ALLAH merahmati semua pembaca.
Karya Ukhti Auni Fatin M. Zainal / Di "edit" oleh Abdullah Ibnu Ismail
Karya Ukhti Auni Fatin M. Zainal / Di "edit" oleh Abdullah Ibnu Ismail
No comments:
Post a Comment