Tuesday, July 17, 2012

ANEKDOTNYA...

Bismillah

Umat yang cemerlang adalah yang sentiasa dahagakan ilmu dan begitu merasai keasyikan mempelajari sesuatu ilmu. Kehidupan mereka dipenuhi tarbiyah dan ditujukan sepenuhnya kepada kecemerlangan aspek pengetahuan dan tindakan.

Kini, kecemerlangan dalam bidang keilmuan ternyata diungguli oelh masyarakat barat. Mereka menumpukan kehidupan mereka terhadap dunia penyelidikan dan pendidikan yang merupakan simbol kejayaan dan kebanggaan buat mereka. Mereka seluruhnya, tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang, membudayakan semangat suka membaca dan ghairah dalam mengetahui sesuatu perkara secara kendiri.

Di bumi barat juga, pelajar yang memiliki beberapa jenis ijazah adalah merupakan satu fenomena yang sukar untuk dicari peliknya. Paplin minima, sekurang-kurangnya segulung ijazah dan mereka tidak akan berhenti sekadar di tahap itu. Pelbagai usaha penyelidikan dan penghasilan karya-karya monumental dalam bidang sains dan teknologi mahupun sosial mendapat sokongan dan insentif besar daripada kerajaan mereka.

Walaupun dengan semua pencapaian itu, masyarakat itu ternyata kekurangan satu perkara. Mereka ketiadaan ruh - bekerja sehingga lupa kepada makna kehidupan. Hidup mereka tepu dengan kesesatan dan amat jauh daripada kepuasaan jiwa dan ketenangan hati. Pada masyarakat yang tampak hebat itu, terselindung dibaliknya kadar jenayah yang amat tinggi, jumlah pesakit mental yang ramai, berserta jumlah hutang yang terlalu banyak.

Kita, umat ini mempunyai ruh itu, namun posisi kita ternyata masih jauh daripada mereka di bumi barat. Kita memerlukan didikan tujahan keimanan, ruhiyah, cara fikir, dan cara hidup yang lebih baik.

Anekdotnya, ketika ini, begitu ramai aktivis dakwah yang mengikuti dakwah selama bertahun-tahun namun masih tidak terkesan dengan dakwah didukungnya. Diri dan akhlaknya tetap tiada sebarang hijrah. Kondisi iman dan peribadinya juga statik. Malah, akibat keburukan akhlaknya, dia menyakiti hati ibu bapanya dengan kata-kata kecaman yang tajam dan juga menjarakkan hubungan manusia dengan mereka.Mengambil kata dari Sheikhul Tarbiyah, Ustaz Rahmat Abdullah: " Semua insan mampu berdakwah, namun siapa yang mampu mencintai dakwahnya?" Ia adalah satu hal dan permasalahan yang amat merbahaya apabila para dai'e telah mula dilekakan oleh perkejaan duniawinya sehingga dia lalai menjaga tarbiyahnya.

Tarbiyah seharusnya berhasil memupuk iman. Kesan daripada keimanan yang tertanam itulah yang akhirnya melahirkan akhlak yang menjadi penyejuk jiwa dan penenang hati mereka yang memandang dan melihat.

Tarbiyah itu menjadikan seorang muslim itu beraksi di mihrab masjid hinggalah ke gelanggang politik, hebat dari sudut ruhiyahnya hinggalah menjadi qudwah di tempat kerja, dari mesra dzikir dan istighfar hinggalah mempunyai kekuatan dan ketokohan di dalam masyarakat.


Wallahu Waliyyut Taufiq. Semoga ALLAH merahmati kamu semuanya.

Karya Dr. Nur Aisyah Zainordin; Di "edit" oleh Abdullah Ibnu Ismail :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...