Saturday, September 25, 2010

"Israiliyat; Gunting Dalam Lipatan"


As-Sheikh Dr. Abdul Fatah Khalidi
menyebut di dalam penulisannya “Ma’a Qoshoshus Shodiqin Fil Qura’n”: Telah berlaku kesalahan pada sebahagian pengkaji, penceramah, dan penulis dari kalangan muslimin bila melihat kisah-kisah yang lalu di dalam Al-Qura’n, sekalipun dengan niat yang baik namun mereka telah menyalahi marhalah atau cara yang hak dalam mengkaji kisah-kisah tersebut. Lalu mereka persembahkan kepada umum iaitu para pembaca dan penulis timbunan daripada pelbagai pendapat, kisah, da riwayat yang palsu, batil, serta dhaif dan itulah Israeliyyat dan kisah-kisah ahli kitab.

Sebagai contoh, kisah nabi adam menelan buah khuldi lalu ditahan oleh malaikat ketika buah itu sampai ke lehernya lalu jadilah khalqum. Perkara ini sememangnya tidak berasas kerana tiada pernah ia diceritakan atau termaktub tentangnya dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah. Selain dari itu, Israeliyyat juga asbab bagi buruknya pentaksiran pada apa yang dikehendaki oleh ALLAH dalam kandungan Al-Quran tentang kisah Luqman Al-Hakim. Firman ALLAH: “Telah KAMI kurniakan kepada Luqman Al-Hikmah (kebijaksanaan) agar dia bersyukur.Barangsiapa yang bersyukur sesungguhnya dia bersyukur untuk diri dia sendiri, siapa yang kufur sesungguhnya ALLAH itu maha kaya lagi maha terpuji.” Pentafsiran para ulama’ tafsir tentang ayat ini ialah kehendak ALLAH supaya manusia mencontohi keperibadian dan prinsip yang disandarkan oleh ALLAH pada Luqman Al-Hakim dalam segenap kehidupan tetapi apa cuba diselewengkan dalam Israeliyyat , mereka menceritakan bahawa Luqman itu orangnya berkulit hitam, berbibir tebal, dan sebagainya. Jika difikirkan, atas kepentingan apa perkara-perkara seperti itu diceritakan sedangkan kita sedia tahu bahawa ALLAH menilai manusia itu tiada pernah pada paras rupa dan luarannya.

Ustaz Abdul Rasyid Idris (Presiden IQ): Kisah-kisah Israeliyyat ini adalah warisan daripada orang-orang Israel, orang-orang yahudi yang mana Al-Qura’n sendiri mencela mereka kerana sikap permusuhan mereka terhadap agama. Jadi bagaimana golongan-golongan agama hari ini tergamak mengambil kisah-kisah bersumberka mereka yang memusuhi agama yang terang-terang mereka ini membunuh, dan melakukan pendustaan terhadap nabi-nabi terdahulu. Lalu golongan agama ini mendagangkan agama tentang agama dan para nabi tetapi pada hakikatnya palsu sama sekali tanpa sebarang bukti daripada Al-Qura’n dan As-Sunnah. Jadi, secara tidak langsung golongan agama ini menjadi agent kepada musuh-musuh Islam untuk merosakkan Islam daripada dalam.

Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin: Kisah-kisah Israeliyyat yang tidak berasas ini mampu menyebabkan wajah dan imej Islam tercemar dan menimbulkan salah sangka masyarakat umum terhadap Islam.

Dari Muhammad Ibnu Syahbah, dihalusi oleh Dr.MAZA : Kisah-kisah Israeliyyat ini mampu menyebabkan salah faham manusia terhadap agama sehingga manusia menganggap agama itu hanya sekadari tipu daya. Sebagaimana contoh kisah Isra’ Mi’raj yang pada satu bahagian perjalanan Rasulullah bahawa baginda melihat seorang perempuan tua yang kian bongkok tujuh (berumur 7000 tahun). Lalu ditanyakan oleh baginda kepada Jibril a.s. tentang perempuan tua tersebut dan dijawab oleh Jibril bahawasanya itu adalah dunia. Kisah ini sememangnya palsu kerna ia bukan daripada Rasulullah dan tiada dalil yang jelas atau sahih tentangnya di dalam Al-Quran mahupun As-Sunnah. Cuba dibayakan kisah ini diceritakan pada anak-anak muda atau sarjana-sarjana ilmu yang hebat kajiannya tentang dunia. Apa mereka akan kata? Kalau dinosaur itu umurnya 100 ribu tahun begitu, jadi bagaimana pada zaman Rasulullah yang mana dinosaur telah pupus, usia bumi baru mencecah 7000 tahun. Akhirnya, mereka menyimpulkan agama sebagai satu tipu muslihat golongan agama sahaja.

As-Sheikh Dr. Yusuf Al-Qorodhawi: Unsur-unsur Israeliyyat ini adalah kejayaan bangsa yahudi dalam mencemarkan agama jika ummat Islam menyerapkan unsure-unsur ini ke dalam mentaliti pemikiran kita.

Wallahu Waliyyut Taufiq

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...