Saturday, September 25, 2010

Dasar Islam; Ikut Fakta,Buang Taklid

Tiada siapa pun yang ma’sum di dalam Islam ini selain daripada Para Anbia dan Rasul yang dipilih ALLAH s.w.t. melainkan pendapatnya itu tidak boleh lagi dipertikaikan atas dasar hujah dari nas-nas yang kukuh dan jitu sehingga tidak lagi menimbulkan sebarang keraguan untuk meyakininya. Hatta, jika kita lihat semasa pelantikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khlaifah, beliau berkata dengan penuh rasa tawaddhuk; “IIn Roaitumuni ‘irijajan faqribuuni” dengan maksudnya jika kamu lihat aku tersalah maka betulkanlah aku. Ertinya disini, tiada siapa pun yang boleh atau mampu mengambil darjat kema’suman buat dirinya sehingga setiap apa yang disandarkkan padanya tidak boleh dipertikaikan oleh pihak lain.

Berlaku pada hari ini, apabila golongan agama berkata atau mengeluarkan suatu fakta mahupun pendapat, sandaran itu diterima sebulat-bulatnya oleh para penerima tanpa ada hak untuk mempersoalkan sesuatu daripadanya. Keadaan-keadaan seperti ini berlaku atas asbab ceramah-ceramah yang dianjurkan diberi lessen atau klass yang terlalu besar sehingga mempengaruhi mentality masyarakat bahwa tiada apa yang perlu dipersoalkan padanya.

Ini Bukan sahaja menyempitkan maksud agama Islam itu sendiri bahkan ia akan memberikan kesan yang buruk terhadap pemahaman manusia pada agama sehingga diceritakan bahwa ajaran Islam itu adalah apa sahaja yang dikatakan oleh golongan agama,percaya atau tidak mereka terpaksa mengikutinya.

Sebagai contoh,kisah seorang penceramah yang kebetulan salasilah keluarganya adalah dari golongan perubatan di mana beliau menafsirkan bahwa ubat yang paling mujarab untuk manusia yang dijangkiti virus HIV adalah sebat 100 kali dan atas sebab itu juga katanya Islam mensyariaatkan mereka yang berzina di sebat 100 kali. Jika kita teliti pada reality sebenar yang berlaku, adakah semua mangsa jangkitan HIV itu adalah penzina atau pernah berzina? Jawapannya pasti sekali tidak kerana banyak perkara lain yang memungkinkan jangkitan sedemikian untuk berlaku ke atas mereka. Seorang isteri mungkin sekali dijangkiti hasil perbuatan suaminya,begitu juga buat suami. Seorang anak mungkin sekali dijangkiti hasil daripada perbutan ibu dan ayahnya. Jadi bagaimana boleh kita tafsirkan fakta sebegitu sebagai asbab untuk Islam mensyariaatkan 100 kali sebatan bagi para penzina.

Selain daripada itu, hangat suatu masa dahulu tentang berita seorang ahli korporat yang jenazahnya bertukar menjadi khinzir. Jika kita kaji dari segenap aspek, bukankah Malaysia ini sebuah Negara yang dilengkapi dengan sistem undang-undang lengkap walaupun mungkin tidak selengkap undang-undang ALLAH, tetapi boleh dikatakan luas skopnya, menggapai daripada undang-undang bagi yang masih hidup sehinggalah bagi yang sudah tidak bernyawa? Di bawa pada aspek kematian, pasti jenazah seseorang itu perlu ada surat yang mengesahkan kematiannya, tidak boleh ditanam sesuka hati kerna perlunya pada surat pengebumian yang sah dan sehinggalah pada pembahagian harta sekalipun, ia tidakboleh dilakukan sesuka hati tanpa simati disahhkan betul-betul sudah mati. Jadi, bagaimana pendakwa ini boleh mengatakan bahwa dia telah mengebumikan jenazah tersebut dibelakang rumah tanpa pengetahuan sesiapa dan setelah beberapa tahun digali kembali ia sudah bertukar menjadi khinzir.

Ini tidak mustahil jika ALLAH menghendakinya, tetapi dakwaan yang seperti ini akan memberikan ketidakjelasan umum terhadap agama Islam itu sendiri sehingga diertikan agama Islam itu sebagai satu pembohongan.

Telah berlaku jenayah yang lebih besar di zaman Rasulullah dahulu- mayat penentang-penentang baginda tidak pula menjadi khinzir. Ini kerana ALLAH tidak mentaqdirkan buat ummat akhir zaman yang mulia ini demikian hukumannya walaupun ia berlaku pada ummat nabi yang terdahulu. Juga kerna Nabi kita Muhammad s.a.w. merupakan nabi sehingga ke akhir zaman yang mana ajaran dan perjuangannya memerlukan survival sehinnga Qiamat.

Jadi ALLAH memberi pilihan kepada ummat ini untuk memilih ajaran Islam, bukanlah ia diterima atas dasar terkejut mahupun panic dengan apa yang berlaku tetapi ajaran Islam itu dipilih setelah difahami dan dihayati secara mendalam. Jika perkara sebegini dibiarkan untuk terus menular dikalangan ummat Islam hari ini, pasti ketamadunan dunia dalam aspek penerimaan agama akan kembali kepada zaman dahulu kala yang kolot dimana agama diterima atas dasar simpati dan kejutan atas peristiwa-peristiwa ganjil yang berlaku dan susah untuk dilogikkan oleh a’kal. Kesimpulannya, mari kita kembali kepada disiplin didalam agama iaitu “Keperluan fakta dan dalil dalam agama”.

Wallau Waliyyut Taufiq

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...