Saturday, September 25, 2010

"Antara Ujian Dan Cinta Sang Pencinta"

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing. Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Hakikatnya perbezaan pandangan dan pendapat itu bukanlah satu kelemahan, bahkan ia merupakan satu rahmat, peluang bagi mencari solusi yang lebih efektif, cuma yang menjadi masalah dan kelemahanya ialah sikap kita tika menghadapi perbezaan ini.

Ya, dari dimensi inilah saya melihat penerimaan kita terhadapa ujian ALLAH yang begitu dingin sekarang. Rasa marah, kecewa yang terus mendesak silih ganti dalam diri, seperti cuba untuk mengapi-api di antara satu sama lain.

Ujian bukan soal yang “diberi” tetapi soal diri yang memahami. Dalam fikir itu, telah saya tumpahkan hasilnya dalam satu artikel yang sengaja saya kirimkan tika “tua malam’ menjelang, barangkali lebih tenang. Sudilah memahami cebisan hati yang saya nukilkan pada hari yang berhari.

Manisnya Cinta ALLAH Di Atas Ujian-NYA

Jika hari ini, manusia diturunkan bala’ keatsanya oleh ALLAH s.w.t. boleh jadi dua sebab yang menjadi asbab kepadanya:

Yang pertama, boleh jadi manusia itu tidak salah apa tetapi atas cinta ALLAH, ALLAH mahu angkat darjatnya.

“Asyad Din Nass Al Anbia’ Stumma Amstakal Amsta”

“Paling dahsyat ‘Azhab di kalangan manusia itu ialah pada para nabi, kemudian pada mereka yang dekat dan setaraf dengan nabi”

Mengapa begini, kerana perjuangan dan mujahadah mereka dalam mendapatkan cinta ALLAH. Kita akan faham agama, rasa sangat-sangat dekat dengan ALLAH bila? Tentu bila kita diuji ALLAH dengan ujian yang membuatkan kita sehingga tiidak mampu untuk beri jawapan padanya, sehingga terkeluar daripada mulut kita dan bersinar dari hati kita: YA ALLAH, AKU HANYA ADA KAU!!! Banyak manusia tidak hafaz doa-doa Rasulullah tetapi dia akan hafaz bila dia diuji oleh ALLAH, ramai manusia yang tidak tahu erti tawakkal pada ALLAH melainkan bila dia diuji oleh ALLAH, ramai manusia tidak kenal tentang erti khusyuk dalam solat melainkan bila diuji oleh ALLAH, dan ramai manusia tidak merasakan betapa manisnya menangis kerana ALLAH, melainkan bila dia duji oleh ALLAH.

Cuba kita tanyakan pada diri kita, apa yang selalunya dijadikan bahan bercerita oleh seorang pelayar sebaik sahaja pelayarannya tamat, apa yang membuatkan dirinya terasa hebat jika diceritakan perkara itu? Kesenangan yang dini’mati atau kesusahan yang berjaya ditempuhi?

Kita ini tidak lebih daripada seorang manusia yang berjalan daripada satu tempat menuju ke satu tempat yang lain iaitu akhirat tanpa sebarang pemilikan harta yang kekal melainkan jika kita berjaya meraih cinta agung ALLAH maka itulah harta kita yang kekal.

Ya Ai Yuhannas Innama Antum Aiyam- wahai manusia kamu ini adalah hari-hari (Berkata Hassan Al-Bahsri)

Pergi ke satu hari, maka habislah hari sebelumnya, maka begitulah kita sebagai manusia yang mana jika sudah menjadi ketetapan ALLAH umur kita cecah 60 tahun sahaja dan tiba hari ini kita kembali pada ALLAH maka habislah sudah 60 tahun yang sudah kita tempuh sebelum ini. Kita akan tahu lebih banyak , dengan lebih mendalam tentang ni’mat berdoa’ pada ALLAH, ni’mat sujud pada ALLAH, ni’mat menangis pada ALLAH bila ALLAH bala’ dan uji kita.

Sebab itu mereka yang tidak diuji ALLAH lagha jadinya, ego da keras hatinya tanpa pernah menerima ni’mat-ni’mat yang sedemikian indah.

Serahkanlah sebulat-bulatnya diri kita ini pada ALLAH setelah ikhlas berikhtiar. Baik dan buruk sesuatu perkara itu hanya pada penelitian manusia yang serba kekurangan tetapi buat ALLAH, segala yang dikurniakanNYA itu pasti yang terbaik buat hambanya.

Bila mana kita serahkan segala urusan kita pada ALLAH, masyaALLAH, jika hari sebelumnya kita ditimpa bala’ dan kita rasa bala’ itu sangat teruk adanya tetapi hari ini dizahirkan hikmahnya pada kita sehingga kita yakin dengan pasti bahawa setiap apa yang ALLAH rancang dan tetapkan buat kita hamba-hamba-NYA adalah semata-mata atas dasar cinta. Buktinya, setelah menerima bala’ tersebut sebagai satu ujian dari-NYA, kita masih lagi mampu menyebut nama ALLAH dengan penuh rasa rindu dan syahdu.

Sepertimana syahdunya Ali Zainul Abidin mengadukan rindu hatinya pada ALLAH setelah diuji:

“Robbi La Takilni I’la Nafsi, Fa ‘Ajisstu ‘Anha, Wala Takilni I’la Ghaili, Fa Dhoi Yii ‘Unn”

“Ya ALLAH, jangan kau serahkan diriku ini pada kepadaku, aku tidak mampu menguruskannya, dan jangan KAU serahkan diriku ini pada manusia lain, kerana mereka akan mensia-siakan aku”

“Ya Haiyuya Qaiyyum, Bi Rahmatika Astaghist, Fala Takilni I’la Nafsi, Tor Fata ‘Ain.”

“Wahai yang maha hidup lagi maha berdiri,dengan rahmat-MU aku memohon, jangan kau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sesaat.”

Said Qutub dalam karyanya Zhilalil Qura’n: Aku telah hidup sekian lama di dalam bayangan Al-Qura’n, aku tidak mendapati sesuatu perkara itu berlaku secara kebetulan melainkan setiapnya tersusun dan teratur dengan hikmah ALLAH azzawajal. Dan aku telah meni’mati hidup dibawah bayangan Al-Qura’n dengan satu ni’mat yang tidak mampu ku fahamkan pada orang lain melainkan mereka merasakannya sendiri.

Wallahu Ta’ala ‘Alam

“Ya ALLAH, jangan tinggalkan kami, kami hanya punya KAU ya ALLAH. Jika KAU tinggalkan kami ya ALLAH, siapa yang akan kesatkan airmata kami jika ia menitis, siapa yang nak pujuk kami jika kami menangis, siapa yang jaga kami tika kami sakit, siapa yang suapkan makanan ke mulut kami jika kami lapar, siapa yang nak angkat kami jika kami jatuh, pada siapa kami nak mengadu jika kami disakiti, pada siapa kami nak bermanja jika KAU sebagai buah hati kami tinggalkan kami. Ujilah kami selagimana itu caranya KAU ucapkan cinta pada kami. Kami rayu padaMU, selalu disisi kami, jangan tinggalkan kami, jangan tinggalkan kami ya ALLAH. Amin Ya ALLAH”…


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...