Tuesday, January 4, 2011

"Kita Akan Terluka dan Ia Bukan Luar Biasa"

"Kamu ada masalah ya?" berbunga rasa hati bila diberi perhatiaan.

"Kamu dah makan belum? Saya belanja yuk." Sejuk hati mendengar ajakan seorang teman.


Bersyukur saat-saat kita dirundum masalah bahkan hati tidak tenteram, muncul sahabat yang memberi sentuhan persahabatan. Ibarat dapat membaca galau di hati ini. Masalah itu pelbagai, akan tetapi apabila sebuah persahabatan diganggu gugat itu lebih menyakitkan. Entah di mana silapnya. Termenung panjang...

Hati manusia biasa mudah terluka bila putus cinta, tapi hati manusia luar biasa, pejuang di jalan Allah, sarat dengan cinta pada Allah, sahabat itu juga permata dan kekasih hatinya... Sahabat antara puzzle yang melengkapkan kehidupan manusia. Setiap sesuatu ada ujiannya. Tatkala hati terluka kerana sahabat, jangan dibiarkan syaitan membisikkan keretakan. Kita harus bijak mendidik emosi. Beri masa pada diri. Beri masa pada sahabatmu.

"Kenapa kamu buat saya macam ni ?" ketidakpuasan hati seorang sahabat selepas salah menilai niat baik sahabatnya sendiri. Mereka sedang diuji.

"Ala kamu apa kurangnya," kata-kata bisa ketika ajakan kebaikan dibalas acuh tidak acuh.

"Semua orang ada masalah, settlekan dulu masalah sendiri sebelum sibuk nak tau masalah orang lain,"

Kita mungkin sesekali terluka. Bahkan mungkin berkali-kali. Terluka dalam ajakan dakwah, Terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhwah. Ukhwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika. Ini baru satu dua ujian buatmu wahai pembawa agama. Bukan semuanya berita sedih dan duka.



Ketahuilah diri kita dan sahabat kita tidak sama. Ada ruang, dia perlu bersendiri. Ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati. Ada ketika, dia datang minta dinasihati. Pelbagai ragam sungguh sebuah persahabatan ini.

Lukanya hatimu saat ini adalah kerana cintamu padanya kerana Allah. Sama-sama ingin ke syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka. Bagi dirimu yang terluka, rawatilah... Luka itu akan sembuh semula...Kepada Allah kita mengadu cerita. Coretan untuk Sinar dan semua. Moga ketenangan buat diriku, sahabatku dan kalian yang membaca. Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan. Apatah lagi dengan teman, sahabat dan keluarga kita semua. Salam mahabbah buat semua.

Doa kalian saya harapkan.
Moga Allah sayang Ibnu Ismail.
Moga Allah sayang kalian.

Kasih Sayang Kerana Fitrah Dalam Kehidupan,
Mudah Punah Ranah,
Kasih Sayang Kerana Nafsu,
Selalunya Mudah Lesu.

Pecah Belah Pun Berlaku,
Hidup Tiada Bahagia.

Kasih Sayang Kerana Bangsa,
Tidak Sampai Penghujung Mudah Tersadung,
Kasih Sayang Kerana Tuhan,
Lama Bertahan,
Sampai Mati Pun Masih Teringatkan.

Oleh Itu Kalau Kita,
Hendak Tanamkan Kasih Sayang,
Biarlah Kerana Tuhan,
Kasih Sayang Itu Lama Bertahan,
Kerana Selainnya Hanya Tambahan,
Bukan Asas Untuk Berkasih Sayang…

-Hasnul Jamal Sulaiman-

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...