Friday, December 24, 2010

"Sayangi Dirimu Untuk Menyayangi Insan Lain"


Untuk menyayangi orang lain, kita perlu menyayangi diri sendir telebih dahulu. Itu hakikat yang cuba saya fahamkan kepadanya. Namun wajahnya masih muram. Ibu lewat dua puluhan itu kelihatan lebih tua berbanding usianya. Sejak setengah jam yang lalu dia telah meluahkan kebimbangan hatinya kepada saya. Tentang kesihatannya yang semakin merosot. Tentang anak-anaknya yang tidak mendengar kata dan sudah mula kurang ajar. Dan suaminya yang sudah mula lupa daratan.
           
Entahlah, diam-diam, saya menyimpan simpati. Saya dapat merasai yang dia benar-benar tertekan.

“Tapi kita mesi berkorban bukan?”
“Ya, akak telah berkorban.”
“Tapi masalahnya pengorbanan akak tidak dihargai. Anak-anak tidak menghargainya, suami… uh, jauh sekali.”
“Jadi akak menuntut harga pengorbanan itu?”
“Akak cuma minta dihargai, itulah harga yang paling mahal sekali.”
“Bersedialah untuk dihargai.”

“Ermm, mengapa?”
“Hakikatnya, raai manusia yang tidak pandai berterima kasih. Kita akan menjadi orang sakit jiwa jika mengharapkan terima kasih daripada orang yang kita bantu kak,” kata saya mengulangi kata-kata Dale Carnagie dalam bukunya, Stop Worrying and Start Living.

Dia termenung. Tunduk. Jilbabnya terbuai-buai ditiup sepoi angin petang. Anak kecil di pangkuannya terus lena.
“Walaupun suami dan anak-anak sendiri.”
Saya mengangguk.
“Jadi apa yang perlu akak buat?”
“Teruskan berkorban. Walaupun anak-anak dan suami akak tidak menilai, namun ketahuilah bahwa ALLAH tetap menilai. Itulah ikhlas. Pengorbanan tanpa mengharapkan balasan.”

“Akak letih dik. Entah di mana noktahnya semua ini. Membasuh, menjaga anak, mengemas rumah, memasak, dan lain-lain. Betullah kata orang, perkahwinan itu satu penghambaan.”
“Memang satu penghambaan. Tapi buatlah kerana ALLAH, maka insyaALLAH, itu dikira sebagai satu penghambaan mutlak kepada ALLAH. Bukan kepada anak-anak dan suami. Islam membebaskan manusia dari penghambaan sesame manusia.”
“Tapi akak semakin hilang upaya. Kesihatan merosot. Keceriaan tiada lagi. Saya umpama kayu reput menanti tumbang.”
“Berkorban untuk orang lain kak, tidak semestinya mengorbankan diri sendiri,”kata saya.
“Maksud kamu?”

“Untuk menyayangi orang lain kita perlu menyayangi diri sendiri terlebi dahulu. Itu yang saya tegaskan sejak tadi.”
Dia menghela nafas perlahan-lahan. Matanya sungguh sayu.
“Maksudnya, akak perlu menjaga kesihatan rohani dan jasmani akak demi meneruskan tugas sebagai ibu dan isteri. Berkorban untuk meneruskan, bukan berhenti.”
“Kenapa kamu kata begitu?”
“Kerana saya lihat akak seolah-olah tidak sayangkan diri akak sekarang…”
“Akak lebih sayangkan anak-anak dan suami akak. Biar pun mereka tidak menyayangi akak.”

Tidak dinafikan saya sedih mendengar luahan rasanya. Terpancar sinar ketulusan dan ketelusan daripada kata-katanya. Wajahnya yang cengkung, tubuhnya yang kurus dan tidak bertenagaitu sudah cukup buat melukiskan rona-rona calar dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Saya mengambil masa mpanjang untuk membuat kiasan dan tamsilan untuk memahamkannua betapa kalau kita ingin menyayangi orang lain, kita perlu menyayangi diri sendiri terlebih dahulu, Kata saya:

“Kalau akak biasa menaiki kapal terbang, pramugari akan memberi taklimat soal-soal keselamatan di dalam kabin sebelum kapal terbang berlepas. Antaranya, jika kandungan oksigen berkurangan ke tahap bahaya, corong uttuk bernafas akan keluar daripada bahagian atas tempat duduk. Penumpang dinasihatkan untuk melekapkan corong pernafasan itu ke mulut kita terlebih dahulu dan bernafaslah, sebelum membantu anak kecil di sebelah berbuat demekian.”

Dia mengikut hujah saya dengan tenang. Satu persatu seakan dikunyahnya. Untuk menguji sejauh mana kefahamannya saya bertanya. “Mengapa kita mesti terlebih dahulu melekapkan corong itu ke mulut kita, sebelum anak atau orang lain yang ingin kita bantu?”
Tanpa disangka-sangka di tersenyum.
“Ya, akak faham maksudnya, hanya orang yang bernafas boleh membantu orang lain untuk bernafas sama.”
Saya menambah, “Jika kita sendiri sesak nafas, bagaimana kita boleh membantu orang lain bernafas?”
“Ya, ya, akak faham sekarang, itulah yang dikatakan sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.”
“Ramai ibu yang barangkali terlupa hakikat itu,” tegas saya.
“Termasuk akak barangkali,” responnya.

Tanpa mengiakan mahupun menidakkan saya meneruskan, “Ramai ibu yang menjaga kesihatan anaknya sehingga mengabaikan kesihatan drinya sendiri. Dia terlupa, sekiranya kesihatannya merosot, dan akhirnya terlantar sakit kronik, pada siapa lagi anak-anaknya hendak bergantung asbab?”
“Itukan pengorbanan,” jawabnya.
“Pengorbanan pun memerlukan kebijaksanaan,” balas saya.

“Bukan semua yang berkorban perlu terkorban,” kata saya bila melihatnya diam.
“Tetapi salami ini akak menyangka sebaliknya. Akak rasa berkorban perlu terkorban!”
“Tidak selalunya begitu. Kalau kita menjaga kesihatan diri kita yang denganya kita mampu menjaga kesihatan anak kita, kan lebih baik? Kalau kita gigih mencari harta, menjadi kaya, yang denganya kita mampu memberi kepada orang lain, kan lebih baik? Kita tidak semestinya perlu sakit untuk memberi orang lain sihat. Kita tidak perlu menjadi miskin untk membantu orang miskin.”
Dia senyum. Senang melihat ibu muda itu begitu. Seolah-olah usianya mudanya dikembalikan.
“Akak tidak perlu risau lagi kalau tidak dihargai, begitu?”
“Ya. Yang penting kita menghargai diri kita sendiri. Kata orang, jangan bimbang kalau diri tidak dihargai, tetapi bimbanglah kalau diri kita benar-benar sudah tidak berharga.”
“Orang mana kata tu?”
“Sejak bila Akak jadi suka bertanya ni?” tanya saya bergurau.
“Sejak kamu ajar akak supaya guna fakta, bukan taklid buta.”
Dia ketawa lagi.
“Ulama’. Akak cari dulu. Kalau tak jumpa, minta dari ALLAH, usahakan pada saya.”
“InsyaALLAH…”
“Jadi akak , pulihkan semangat akak ya. Hidup selagi hidup, agar punya kehidupan. Jaga kesihatan. Ceriakan diri. Bila kita mula menyayangi diri sendiri, jangan terkejut kalau nanti anak-anak dan suami akan kembali menyayangi akak. Jangan marah, jangan kecewa kalau orang lain tidak menyayangi kita, jika kita selama ini juga tidak pernah menyayangi diri sendiri dengan sepatutnya.

Noktah. Hakikatnya, saya juga sering bertanya, sudahkah aku menyayangi diriku untuk menyayangi orang lain? Wallahu Ta’ala ‘Alam.

2 comments:

  1. ''sudahkah aku menyayangi diriku untuk menyayangi orang lain?''

    tertarik untuk mencari lebih jauh kerahsiaannya..tapi terdetik satu kenyataan dalam jiwa dan fikiran...tanda sayang diri sendiri adalah menyayangi ALLAH dan mencintaiNya..emm..carilah kerahsiannya sendiri..lebih bermakna di situ!!

    p/s:kisah di atas adalah benar yerk??emm..sepnjang perjalanan ana dalam cuti ini..ana juga sering terdengar, terpandang, terlihat, terasa... yang wanita banyak dalam keadaan sedih..sakit dan pedih yang sangat mendalam..atas asakan perbuatan suami dan anak2...ya ALLAH..ana memahami yang dirasa itu..walau yang merasa, yang terasa, yang dirasa adalah berbeza tahapnya..terfikir ana bagaimana lelaki menjalankan tanggungjawab sebagai seorang imam pada jemaahnya..apa yang ingin dia mahu, dia ingin rasa, dia ingin kejar, dia ingin kecapi, dia ingin genggam sehingga jemaahnya terasa sakit dan berendam air mata...ALLAHUAKHBAR..tak baik menyalahkan sebelah pihak sahaja kan??ana juga berbalik pada diri seorang wanita itu sendiri..dan di situ..ana mendapat sesuatu..segalanya akan menjadi sakit, pedih, tak cukup, tak puas hati dan segalanya jika roh hamba, roh abdullah tiada dalam diri..ALLAHUAKHBAR!!..dan inilah masyarakat kita hilang..masyarakat kita tiada..termasuk kita dan kita dan kita...allahu'alam..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...Itulah rahsia dibalik rahsia.Kadang jawapannya hampir, cuma kita yang lupa zikir. Fikirkanlah... Wallahu Ta'ala 'Alam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...