Thursday, November 11, 2010

Trilogi Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

Assalamualaikum...Sempat saya berbual bersama seorang sahabat seperjuangan sebelum tidur semalam berkenaan dengan dengan hakikat perjuangan kami sebagai seorang da'i dan di luahkan dalam perbualan tersebut pelbagai ideologi masing-masing berkenaan topik itu. Terasa lebih bahagia duduk, berkumpul bersama dengan sahabat yang sealiran pemikirannya dengan kita  daripada berkumpul bersama keluarga yang kadang-kala sukar nak memahami cara kita. Maha Suci ALLAH daripada menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia, barangkali itu semua adalah ujian tanda cintanya.

Berlarutan perbualan kami sehingga menyentuh bab perjuangan ulama'-ulama' besar Islam ang begtu berjasa pada agama ini seperti Muhammad bin Abdul Wahab, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim Al-Jauziah, Al-Imam Bukhari dan banyak lagii sehingga rasa tidak mahu berhenti mendengar kehebatan perjuangan para ulama' ini. Begitu amanah mereka terhadap ALLAH dan RasulNYA. Sebaik sahaja selesai bersarapan pagi, terniat dihati saya untuk mengirimkan sesuatu buat pengunjung minda sunnah berkaitan dengan seorang ulama'  yang hangat kami bincangkan di malamnya. Sudilah membaca kiriman yang seadanya dari saya ini- Trilogi Ibn Qayyim Al-Jauziyah...

1. Penyakit dan Ubatnya 

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya.

Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.”
Pernahkah anda merasakan makna – makna spiritual ini sebelumnya?
Di dalam hati ada robekan, keterasingan, kesedihan, kegelisahan, dan gejolak api… ada pelbagai penyakit yang ubatnya tiada lain hanyalah dengan “mengenal Allah”.

2. Pancaran Hati

Berikut ini beberapa nilai spiritual yang akan dijelaskan dengan mudah oleh Ibnul Qayyim rahimahullah. Ketahuilah, setiap kali hati anda mampu menangkap makna – makna ini dengan baik, setiap kali pula hati anda akan bersinar cerah, jiwa dan batin anda pula berseri bahagia. 

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan, “Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia dengan kekasih–kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang lain pergi mengadap raja–raja dan para pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikanlah dirimu betul–betul mencintai Allah.”

Sungguh, inilah kata – kata yang muncul dari dalam sanubari dan keluar meluncur dengan kuat. Saya rasa anda sekarang masih baik–baik saja, sebab anda telah bersiap menerima kata – kata ini, dan persiapan anda juga merupakan persiapan yang kuat. seluruh perasaan dan kepekaan berhimpun dan bergejolak membuat hati bahagia. Seluruh gejala ini membentuk sebuah kenyataan alami yang indah, yang bernama “kecerahan hati”.

3. Perindu Syurga

Ibnul Qayyim rahimahullah juga mengenengahkan sebuah trilogi sikap dengan begitu indah. Apabila anda membaca dan menyimpannya dengan baik di dalam hati, reaksi yang muncul akan begitu cepat tidak seperti yang anda sangkakan.

Beliau mengatakan, “Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun engkau terusir. Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun engkau tertolak. Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang. Kemudian, tadahlah tanganmu di gerbang dan segeralah berkata, ‘Tolonglah, saya adalah orang miskin. bersedekahlah untuk saya….!”

Saudaraku, bacalah kata–kata di atas sekali lagi, dan selamilah betul–betul maknanya. Ketahuilah, lautan ini amat dalam, dan mutiaranya terletak didasar yang paling dalam!

Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun anda terusir! Anda ingin menangis ketika solat tetapi anda tidak boleh. Anda ingin meraih kekhusyukan, tetapi anda tidak tahu bagaimana caranya. Jangan pernah berhenti dan berpatah harapan.

Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun anda tertolak! Anda pernah membuat maksiat lalu anda bertaubat dan memohon ampunan, tetapi kemudian anda kembali melakukannya. Saat begitu, jangan pernah berhenti untuk memohon ampun.

Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang! Ada pengajian di masjid sana, pergilah bersama para jemaah, teruslah bersama orang–orang yang rajin membaca dan merenungi Al–Quran. Apakah anda pernah merasakan manisnya nilai – nilai ini sebelumnya? Sungguh, kata–kata ini di dalam hati berubah menjadi nyawa, sehingga hati pun menjadi hidup.

Demi Allah, katakan dengan jujur, bilakah kali terakhir anda merasa khusyu’ mengadap Allah? Bilakah terakhir kali anda bersujud memohon kepada Allah agar kemanisan rasa khusyu’ ini tidak pernah akan berakhir?

Saudaraku tercinta, siapkan diri anda untuk meraih nilai–nilai ini. tempatkan dan hormatilah kekhusyu’kan sebagaimana semestinya. Saya sekarang yakin dengan anda! Sebab hal seperti ini tidaklah mustahil bagi seorang “perindu syurga”.

Wallahu Ta'ala 'Alam

(idea dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

Amin3 Ya Allah, semoga kita semua tergolong dikalangan hamba2Nya yang mendapat keredhaan Allah, dan menjadi perindu syurga, insya’Allah..

Ya Allah..
Tuhanku yang Maha Agung Maha Penyayang, Maha tahu, Maha Pengampun...
Tuhanku yang  satu..
hanya Engkau yang kudambakan dalam hati ini…
tiada yang lain selain Engkau Ya Allah...

Ya Allah…
Aku sering khilaf dalam menelusuri hari..
ampunkanlah dosa-dosaku…
 samada yang  aku sedari mahupun yang  tidak  kusedari,
Engkaulah sebaik-baik pengampun ya Allah...
Ampunkanlah daku..

Ya Allah..
 Engkau Maha Tahu segala..
Yang kusembunyikan mahupun yang aku zahirkan…
 hanya Engkau yang  selayaknya aku meletakkan pengharapanku, bukan pada  insan...
ya Allah aku datang padaMu..
merintih mengadu hanya padaMu...
dengarilah rintihanku ini ya Allah...

Ya Allah…
 Peritnya dirasakan saat tiada siapa di sisi yang  dapat membantu..
tapi aku yakin hanya padaMu, Engkaulah Tuhanku..
kuatkanlah hatiku dengan syiar ini,
Cukuplah hanya Engkau bg ku dan Engkau adalah sebaik-baik penolong dan pelindung”

Ya Allah..
aku merintih merayu padaMu...
dengarilah rintihan hatiku..
aku lemah ya Allah, maka kuatkanlah aku dalam redhaMu...
aku hina ya Allah, muliakanlah aku di sisiMu..
aku miskin ya Allah, kayakanlah aku dalam redhaMu...

Ya Allah ya Tuhanku..
Yang  Maha kaseh pada hamba-hambaMu...
berikanlah daku ketenangan abadi..
ketenangan yang  hanya bersamaMu..
aku telah memilih langkah untuk bersamaMu selamanya,
 sehingga diriku bertemu dgn Mu..
kuatkanlah teguhkanlah langkahku ini, agar aku tetap istiqamah dalam ketaatanku melaluinya...

ya Allah hanya keredhaanMu yang kudambakan...
hanya cintaMu yang aku idamkan dalam hati ku…
 Penuhilah hatiku ini dengan CINTA dan RINDU hanya untukMu dan RasulMu..
ya Allah yang Maha memperkenankan..
Perkenankanlah doaku ini...
                                                                                                           
Cukuplah hanya Engkau bagiku..
dan Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong bagiku...
Amin3 ya Rabbal alamin...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...