Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Muslimah, Solat Jumaat, dan Sekitarnya



"Kita adalah sepertimana solat kita"
Soalan:

Akhi, bolehkah perempuan solat Jumaat?

Farah Hanum, California

Ukhti, semoga ALLAH merahmati kita semua. Jazakallahu Khairan Kastira’ atas soalan yang ukhti kehadapankan ini. Ia bukan saja memberi peluang untuk pembaca lainnya memahami dengan lebih baik berkenaan perkara ini tetapi ia juga memberi ruang kepada saya untuk lebih teliti dalam berdalil untuk beramal. Saya jawab persoalan ukhti ini dengan beberapa perkara berkaitan. Moga kita semua diberi kefahaman dan keyakinan dalam beramal.

Apakah hukum solat Jumaat bagi muslimat?

Solat Jumaat merupakan kewajipan yang telah diputuskan oleh ALLAH dan Rasul-NYA keatas semua Muslim yang mukallaf dan pengabaian terhadapnya dengan sengaja adalah berdosa besar. Namun, terdapat beberapa golongan yang diberi pengecualian terhadapanya berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w:

Sabda Nabi SAW;


الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض


Maksudnya;“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit”  (Maksud hadith dari Thariq bin Syihab radiallahu-anha, Sunan Abu Daud - no: 1026 dan disahihkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Iraqi dan asy-Shaukani,Nail-ul-Authar, 3/527.)


Sabda Nabi SAW lagi;



من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً 


Maksudnya;“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit”  (Riwayat di atas ditakhrij oleh Imam ad-Daruquthni dan al-Baihaqi dari Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu, dinyatakan kelemahannya oleh Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar, 3/527-528 hingga jatuh kepada taraf Dhaif).


Berdasarkan hadith di atas, Al-Imam Ibnu Munzir dalam kitabnya “Al-Ijm’a” menyatakan bahawa tiada khilaf dan telah bersepakat para ulama’  bahawa tidak wajib bagi seorang muslimat.

Bolehkah Muslimat menunaikan solat Jumaat?

Sekalipun lengkap kukuh dalil dan ijm’a yang menyatakan bahawa tidak wajib bagi seorang muslimat itu menunaikan solat Jumaat, namun masih ada ruang kebenaran untuk mereka menunaikannya jika begitu mahunya.

Sabda Nabi SAW;

لاتمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن

Maksudnya: Jangan kamu tegah isteri dan anak perempuan kamu untuk solat di masjid; Solat di rumah lebih baik bagi mereka. (HR Abu Daud)

Sabda Nabi SAW lagi;

لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات

Maksudnya: Janganlah kamu tegah wanita-wanita di bawah tanggunganmu ke masjid; tetapi hendak mereka keluar dengan tidak memakai wangian. (HR Bukhari dan Muslim)

Ibnu Umar berkata, "Istri Umar menghadiri shalat subuh dan isya dengan berjamaah di masjid. Kemudian kepada istri Umar itu ditanyakan, 'Mengapa Anda keluar, sedangkan Anda mengetahui bahwa Umar tidak menyukai hal itu dan suka cemburu.' Istri Umar menjawab, 'Kalau begitu, apakah yang menghalanginya untuk mencegahku?' Orang itu berkata, 'Yang menghalangi Umar ialah sabda Rasulullah, 'Janganlah kamu semua mencegah hamba-hamba wanita Allah untuk mendatangi masjid-masjid Allah."' (HR Bukhari)

Sekalipun begitu, kebenaran ini masih juga terikat dengan khilaf perbincangan para fuqaha’ yang membahaskannya atas beberapa kemashlatan, keadaan, dan keutamaan.

“Dalam membahaskan hadith-hadith diatas, Imam Nawawi r.a berkata: Hadis ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama yang diambil daripada hadis-hadis iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilalui. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas. (Syarah Shahih Muslim 4:382-383).”



Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

  1. Ahnaf  (Mazhab Hanafi): Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
  2. Malikiyyah (Mazhab Maliki) : Sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
  3. Hanabilah (Mazhab Hanbali) : Diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
  4. Syafiiyyah (Mazhab Syafi’i) : Makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.
“Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah”. (Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-fatawa wa Al-Ahkam : 1/627-628)

“Dalam hal ini, menurut Prof. Abdul Karim Zaidan, para wanita diperbolehkan dan dianjurkan untuk solat jumaat dengan syarat telah mendapatkan izin suami atau walinya, tidak menimbulkan fitnah, tidak memakai wangian, dan tidak berhias. Kalau mereka mampu memenuhi kelima syarat tersebut, mereka dianjurkan untuk ke masjid karana Solat Jumaat dikerjakan satu kali dalam seminggu di mana di dalamnya ada khutbah yang sangat berguna bagi mereka selain juga menjadi satu wadah untuk berkenalan dengan para wanita muslimah lainnya.”


Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang mana “keharusan” ini tidak membawa sesuatu amalan itu kepada darjat amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat ataupun wajib. 

Perlukah solat Dhuhur selepas menunaikan solat Jumaat?

Bagi para muslimat yang sudah menunaikan solat Jumaat, ianya telah menjadi satu rukhsah ibadah yang telah menggugurkan kefardhuan Dhuhur keatas mereka.

Imam Ibnul Mundzir dalam kitabnya Al-Ijma' (m/s 44) menyatakan bahwa para ulama telah bersepakat dalam hal ini bahawa wanita yang telah mengerjakan solat jumaat tidak perlu lagi mengerjakan solat dhuhur.

Antara Solat Dhuhur di rumah atau Solat Jumaat berjemaah di masjid, manakah lebih utama dan afdhal?

Solat berjemaah di masjid atau musolla sangat digalakkan dalam Islam. Hadis-hadis Rasulullah SAW juga cukup banyak dalam memberi memberi motivasi bahawa kebaikan orang yang solat berjemaah jauh lebih baik berbanding solat bersendirian.  Juga terdapat hadis-hadis Rasulullah SAW yang mengecam dan memberi amaran yang sangat keras bagi mereka yang tidak hadir solat berjemaah. 

Malahan dalam suasana yang sangat getir pun mereka tidak mengabaikan solat berjemaah. Disebabkan keyakinan yang tidak berbelah bagi Rasulullah SAW bahawa penyatuan saf di dalam masyarakat adalah bermula dengan penyatuan saf di dalam masjid. 


Solat berjemaah di masjid wajib hukumnya, di mana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa solat jemaah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik muslimin mahupun muslimat. 


Padahal tidaklah demikian. Ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengecualian dan pengkhususan.

Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkan solat berjemaah bagi muslimat. Hal itu sesuai dengan ijm’a ulama. Adapun dibolehkan mereka untuk turut serta dalam solat berjemaah bukan bererti ia merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah; “Adapun bagi msulimat maka hukum menghadiri solat berjemaah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama.” (Al Muhalla 4: 196)


Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid.


Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud:

“Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu.” (riwayat Ibn Khuzaimah) 


Sabda Rasulullah SAW lagi:


"Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka." (riwayat Ibnu Khuzaimah) 


Berkata Imam Asy Syaukani r.h ketika menjelaskan lafaz: “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka, maksudnya adalah, solat mereka (muslimat) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid.”

“Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya.” (Al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.


Sahkah Solat Jumaat dengan jumlah jemaah yang kurang dari 40 orang?

Adakalanya apabila kita menghadiri solat Jumaat di masjid-masjid atau surau-surau di negara-negara di mana umat Islamnya wujud sebagai kaum minoriti, kita akan dapati solat Jumaat mereka dihadiri oleh bilangan jemaah yang kurang dari 40 orang. Maka dalam suasana ini bagaimanakah hukum solat Jumaat tersebut mengingatkan kepada pendapat masyhur tempatan yang mengatakan bahawa bilangan minimum bagi jemaah solat Jumaat adalah 40 orang ?

Dalam hal ini tidak akan dibicarakan hukum solat Jumaat yang dihadiri kurang daripada 40 orang tetapi sebaliknya akan mengupas dasar rujukan bilangan 40 itu sendiri. Pendapat yang mengatakan bahawa jumlah minimum jemaah solat Jumaat adalah 40 orang adalah berdasarkan kepada hadith berikut ini:
“Abdurrahman bin Ka'ab menceritakan bahawa apabila ayahnya mendengar seruan azan hari Jumaat, dia mendoakan rahmat untuk As'ad bin Zurarah. Maka aku (Abdurrahman) bertanya kepada ayahku: Apabila engkau mendengar seruan azan lalu mengapa engkau mendoakan rahmat untuk As'ad bin Zurarah ? Jawab ayahku: Kerana dialah yang pertama kali melakukan solat Jumaat bersama kami di Hazm Annabit, terletak di tanah berbatu Bani Bayadhah, iaitu di Naqi'ul Khadhamat. Aku bertanya: Berapa orang (yang hadir) ketika itu ? Jawab ayahku: 40 orang. “(Maksud hadith dari Sunan Abu Daud - no: 1028 , dinilai hasan oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Nail-ul-Authar, 3/535.)
Hadith di atas dijadikan sumber rujukan oleh pihak yang berpendapat bahawa jumlah minimum bagi jemaah solat Jumaat adalah 40 orang. Walaubagaimanapun pengkajian mendalam oleh ahli-ahli hadith serta fiqh mendapati bahawa hadith di atas tidak boleh dijadikan sumber patukan hukum 40 orang sebagai bilangan minimum kerana hadith tersebut hanya menyatakan jumlah jemaah yang hadir dan tidak pula membatasi jumlah tersebut. Justeru itu hadith di atas tidak boleh dijadikan hujah bagi menghadkan bilangan minimum jemaah bagi satu-satu solat Jumaat yang dilaksanakan.

“Imam asy-Shaukani menulis: Bahawa tidak ada pengertian di dalam hadith di atas untuk mensyaratkan 40 orang, sebab kisah di atas adalah satu kejadian yang terjadi secara kebetulan. Telah ditetapkan dalam ilmu usul bahawa kejadian secara kebetulan tidak boleh dijadikan hujah untuk hal-hal yang bersifat umum.” (Imam asy-Shaukani - Nail-ul-Authar, 5/536 )


“Selain itu pihak yang menghadkan jumlah minimum 40 orang juga merujuk kepada atsar sahabat berikut ini, di mana Abdullah ibnu Mas'ud radiallahu-anhu telah diriwayatkan berkata: Kami solat Jumaat bersama Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan aku (Ibnu Mas'ud) adalah orang terakhir yang datang sedang jumlah kami adalah 40 orang laki-laki. “(Maksud atsar sahabat riwayat Imam al-Baihaqi dari Nail-ul-Authar, 3/537 , dikemukakan oleh Imam asy-Shaukani tanpa membicarakan status kekuatannya. Sebagai analisa, Prof. Dr. Wahbah Zuhaili ada mengemukakan sebuah atsar berlainan yang juga berasal dari Abdullah ibnu Mas'ud yang menerangkan bahawa jumlah minima jemaah solat Jumaat adalah 40 orang dan tidak sah jikalau jumlah ini dikurangi. Walaubagaimanapun atsar ini yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi tidak dikemukakan sumber rujukannya dan ia juga tidak dijadikan dalil pegangan oleh Dr. Wahbah Zuhaili sendiri. Lihat kitab beliau - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/295)
  
Atsar ini juga tidak boleh dijadikan rujukan tepat kerana ia hanya menceritakan secara kebetulan bahawa jumlah jemaah adalah 40 orang dan bukannya pula mensyaratkan jumlah minimum 40 orang.


“Apa yang benar dalam hal ini adalah - tidak ada jumlah minimum bilangan jemaah yang disyaratkan oleh syari'at bagi mensahkan sesuatu solat Jumaat itu. Dalam beberapa riwayat-riwayat lain jelas tertera bahawa solat Jumaat pernah didirikan di zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dengan jumlah yang kurang dari 40 orang.” (Kajian lanjut terhadap riwayat-riwayat ini, sila lihat buku Solat Jumaat: Sejarah dan Tatacara Perlaksanaannya, ms 113-124 oleh A. Chodri Romli, terbitan Al-Hidayah, M'sia, 1994.)

“Pernah sekali suatu rombongan perdagangan dari Syam tiba di kala Nabi sallallahu-alaihi-wasallam sedang memberi khutbah solat Jumaat lalu para jemaah terus keluar dan menuju kepada rombongan tersebut sehingga yang tertinggal di masjid hanya 12 orang sahaja. Solat Jumaat itu diteruskan dengan jemaah yang 12 tersebut tanpa apa-apa halangan atau pembatalan dan tidak pula diulangkan. “(Maksud pengajaran hadith dari Sunan Tirmizi - no: 3365, dikemukakan sebagai hujah oleh Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/294dan A. Chodri Romli - Solat Jumaat: Sejarah dan Tatacara Perlaksanaannya, ms 27-28.)

“Yang sahih adalah - apabila sahaja sesuatu solat Jumaat itu menepati syarat-syarat jemaah, iaitu ada imam dan ada makmum, maka itu adalah mencukupi sebagai syarat sah solat tersebut.  Imam asy-Shaukani menganalisa: Ketahuilah, tidak ada landasan dalil untuk mensyaratkan jumlah 80, 30, 10, 9 mahupun 7 orang, begitu pula sahnya Jumaat hanya dengan satu orang sahaja. Pihak-pihak yang menganggap sahnya Jumaat hanya dengan 2 orang sahaja beralasan bahawa jumlah ini adalah berdasarkan hadith dan ijma'. Mereka berpendapat tidak ada dalil yang mengsyaratkan jumlah tertentu padahal jemaah dalam solat apajua sudah sah hanya dengan 2 orang, tidak ada perbezaan antara solat Jumaat dan solat jemaah. Dan tidak ada nas dari Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam bahawa solat Jumaat tidak sah kecuali dengan jumlah sekian-sekian orang. Pendapat inilah yang paling kuat dan rajih menurut saya.” ( Imam asy-Shaukani - Nail-ul-Authar, 5/538.)

“Prof. Dr. Wahbah Zuhaili juga telah menulis: Jelas kepada pengarang bahawa sembahyang Jumaat perlu kepada perhimpunan jemaah. Apabila tercapai jemaah yang ramai mengikut kebiasaan maka diwajibkan sembahyang Jumaat dan hukumnya adalah sah. Dan tidak terdapat nas yang jelas yang mensyaratkan bilangan tertentu tetapi jemaah adalah syarat yang disepakati semua ulama' bagi sembahyang Jumaat kerana sudah maklum di dalam syara' bahawa jemaah itu terdapat ketika sembahyang.” (Prof. Dr. Wahbah Zuhaili - Fiqh dan Perundangan Islam, 2/296.)

Kesimpulan dalam perbicaraan ini adalah bahawa tidak ada jumlah minimum jemaah yang perlu untuk dijadikan syarat sah solat Jumaat. Asal sahaja dalam sesuatu perhimpunan itu menepati syarat jemaah, iaitu ada imam dan ada makmum maka itu adalah memadai. Sudah tentu semakin ramai jemaah semakin afdal solat tersebut tetapi ini adalah sekadar keutamaan dan bukan syarat ketetapan. Oleh itu seseorang yang menyertai solat Jumaat yang dihadiri oleh bilangan jemaah yang kurang dari 40 orang, samada di seberang mahupun di tanah air, maka solatnya itu beserta solat para jemaah lainnya adalah tetap sah dan insyaALLAH diterima.


Adakah penganjuran solat sunnah qabliah dan b’adiah Jumaat?

Para ulama sepakat bahwa shalat sunnat yang di lakukan setelah solat jumaat adalah sunnah dan termasuk rawatib ba’diyah Jum’at. seperti yang di riwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari:

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

 ”Jika salah seorang di antara kalian solat jumaat hendaklah solat empat raka’at setelahnya”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Sedangkan shalat sunnah sebelum shalat Jum’at terdapat dua kemungkinan.
  • Pertama, solat sunnah mutlak, hukumnya sunnah. Waktu pelaksanannya berakhir pada saat imam memulai khutbah.
  • Kedua, shalat sunnah qabliyyah Jum’at. Para ulama berbeda pendapat tentang solat sunnah qabliyyah Juma’at. Pertama, solat qabliyyah Jum’ah dianjurkan untuk dilaksanakan (sunnah). Pendapat ini di kemukakan oleh Imam Abu Hanifah, Syafi’iyyah (menurut pendapat yang dalilnya lebih tegas) dan pendapat Hanabilah dalam riwayat yang tidak masyhur. Kedua, solat qabliyyah Jum’at tidak disunnahkan menurut pendapat Imam Malik, sebagian Hanabilah dalam riwayat yang masyhur
Adapun dalil yang menyatakan dianjurkannya solat sunnah qabliyah Jum’at:

Rasulullah SAW bersabda;

“Semua shalat fardlu itu pasti diikuti oleh solat sunnah qabliyah dua rakaat”. (HR.Ibnu Hibban yang telah dianggap shohih dari hadist Abdullah Bin Zubair).

Hadist ini secara umum menerangkan adanya solat sunnah qabliyah tanpa terkecuali shalat Jum’at.

Rasulullah SAW bersabda lagi;

“Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. berkata: Sulayk al Ghathafani datang (ke masjid), sedangkan Rasulullah saw sedang berkhuthbah. Lalu Nabi SAW bertanya: Apakah kamu sudah solat sebelum datang ke sini? Sulayk menjawab: Belum. Nabi SAW bersabda: Solatlah dua raka’at dan ringankan saja (jangan membaca surat panjang-panjang)” (Sunan Ibn Majah: 1104).

Berdasar dalil-dalil tersebut, Imam al Nawawi menegaskan dalam kitab al Majmu’ Syarh al Muhadzdzab:
“Menerangkan tentang sunnah shalat Jum’at sebelumnya dan sesudahnya. Disunnahkan solat sunnah sebelum dan sesudah solat jumaat. Paling sedikit dua raka’at sebelum dan sesudah solat jumaat. Namun yang paling sempurna adalah shalat sunnah empat raka’at sebelum dan sesudah solat jumaat”. (Al Majmu’, Juz 4: 9)

Adapun Dalil yang menerangkan tidak dianjurkannya solat sunnat qabliyah Jum’at adalah:

Dari Saib Bin Yazid: “Pada awalnya, adzan jum’at dilakukan pada saat imam berada di atas mimbar yaitu pada masa Nabi SAW, Abu bakar dan Umar, tetapi setelah zaman Ustman dan manusia semakin banyak maka Sahabat Ustman menambah adzan menjadi tiga kali (memasukkan iqamat), menurut riwayat Imam Bukhori menambah adzan menjadi dua kali (tanpa memasukkan iqamat). (H.R. riwayat Jama’ah kecuali Imam Muslim).

Dengan hadith di atas Ibnu al-Qayyim berpendapat, “Ketika Nabi keluar dari rumahnya langsung naik mimbar kemudian Bilal mengumandangkan adzan. Setelah adzan selesai Nabi SAW langsung berkhutbah tanpa adanya pemisah antara adzan dan khutbah, jadi bila Nabi SAW dan jama’ah itu melaksanakan solat sunnah qabliyah Jumaat?

Dari dua pendapat dan dalilnya diatas jelas bahwa pendapat kedua adalah interpretasi dari tidak solatnya Nabi SAW sebelum naik ke mimbar untuk membaca khutbah. Sedangkan pendapat pertama berlandaskan dalil yang sudah sharih (argumen tegas dan jelas). Maka pendapat pertama yang mensunnahkan shalat qabliyyah jumaat tentu lebih kuat dan lebih unggul (rajih).

Kesimpulan Secara Keseluruhan

  • Solat fardhu Jumaat tidak diwajibkan keatas muslimat namun dibenarkan mereka untuk menunaikannya dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi.
  • Sekalipun solat fardhu Jumaat secara berjemaah dibenarkan bagi muslimat untuk menunaikannya, kedudukan solat dirumah itu lebih afdhal dan utama bagi mereka.
  • Solat fardhu Jumaat sah untuk ditunaikan sekalipun jumlah jemaah yang menyertainya kurang daripada 40 orang. Cukup sekadar mempunyai imam dan makmum atau lebih tepat lagi sekadar mempunyai jemaah.
  • Solat sunnah qabliah dan b’adiah Jumaah itu adalah satu sunnah yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW.
Kesemua permasalahan di atas adalah khilafiyah furu’iyyah iaini perbedaan dalam cabang hukum agama, maka tidak sepatutnya di sempit penerimaannya di antara dua pendapat di atas. Dalam kaidah fiqh mengatakan “la yunkaru al-mukhtalaf fih wa innama yunkaru al- mujma’ alaih” (Seseorang boleh mengikuti salah satu pendapat yang diperselisihkan ulama dan tidak boleh mencegahnya untuk melakukan hal itu, kecuali permasalahan yang telah disepakati). Setiap di antara mereka yang bertungkus lumus mengusahakan dalil dan pendapat di atas adalah para ulama’, pewaris nabi yang kita cintai. Teladan para salafus soleh menganjurkan kita untuk menghormati pendapat daripada mereka. Jika diterima, maka janganlah dihalang untuk yang selainnya dan jika ditolah, maka tolaklah dengan penuh berhikmah tanpa perlu menimbulkan fitnah yang merosakkan kesucian agama Islam yang mulia ini. Semoga ALLAH merahmati kita semua sebagai pencari cintaNYA. Wallahu Ta’ala ‘Alam.














Saturday, February 12, 2011

Alhamdulillah...ALLAH bantu kita, Mubarak putus asa!!!

Assalamualaikum.


Sebaik pulang ke rumah pagi ini, diberi kekuatan oleh ALLAH untuk saya mengemas kini email terlebih dahulu. Jarang begini kerna disiplin lain yang biasanya diuruskan dahulu. Namun, pasti dan pasti setiap kehendak Rabb kita ada kebijaksanaan dan kebaikan. ALLAH telah menyimpan sesuatu untuk saya dan anda semua. Buat semua pengunjung mindasunnah yang dikasihi. Ini berita gembira buat anda semua, buat kita semua sebagai satu ummat yang bernaung di bawah rahmatNYA yang ESA. 


Allahu Akbar! 

Mubarak telah berundur pada jam 0005 waktu Malaysia 12 Februari 2011, 1805 waktu Mesir 11 Februari 2011. 





Suara rakyat suara keramat! Mubarak tidak ada pilihan melainkan mencari kaedah pengunduran yang paling selamat...itu pun beliau masih berada dalam Mesir. 





Suara ummat dinaungi rahmat.Segala usaha, Pengorbanan, sengsara, semangat serta keazaman rakyat mesir di tambah pula dengan tawakal kpd Allah, akhirnya Allah beri kemenangan buat pihak yang benar !!! Allahu Akhbar!!!!


Faiza azamta fa tawakkal 'alallah...... Wassalam


http://www.boston.com/bigpicture/2011/02/egypt_the_wait.html 


http://www.youtube.com/watch?v=Z06GVWJgTWU

Wednesday, January 5, 2011

"Tangan Mencatat Di Bumi, Jiwa Mendongak Ke Langit"

BISMILLAH...

Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan ketangkasan pena itu juga tidak dimiliki oleh semua insan. Bahkan ramai yang fasih lidahnya, tidak lancar pula penanya.

Demikian, ramai yang lancar penanya, tidak fasih pula lidahnya. Hanya insan-insan tertentu yang Allah kurniakan kefasihan lidah dan kelancaran pena. Apapun, samada lidah yang fasih, atau pena yang lancar kesemuanya adalah anugerah Allah SWT yang akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak.
Firman Allah: (maksudnya) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Peranan lidah dan pena adalah sama; iaitu menyampaikan mesej kepada sasaran yang ditujukan. Mesej yang disampaikan itu –sepatutnya- menggambarkan apa yang tersimpan dalam benak perasaan atau pemikiran seseorang penyampai. Jika dia menyampai sesuatu yang bercanggahan dengan apa yang dipercayainya, maka dia seorang pengkhianat.

Kemampuan menyampaikan sesuatu mesej kepada sasaran sehingga kadar ilmu atau perasaan yang ada tersimpan dalam jiwa atau pemikiran seseorang penyampai itu difahami atau dirasai oleh sasarannya, adalah pengukur tahap keupayaan seseorang pembicara atau penulis. Pembicara atau penulis yang baik menjadikan sasaran dapat menghayati perasaannya, atau menikmati ilmunya. Ini bukanlah sesuatu yang mudah dan mampu dilakukan oleh semua orang
.
Pena  Dan Lidah Wajib Berperaturan
Maka, seperti lidah itu ada peraturan dan amanah yang Allah bebankan ke atas insan yang mampu menyampaikan mesej, demikian juga para penulis.
Firman Allah:(maksudnya) Tiada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada di sisiNya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
Bahkan kadang-kala bebanan tanggungjawab penulis jauh lebih besar. Sesuatu perkataan buruk yang dilafazkan mungkin hanya berakhir dalam satu majlis, atau tersebar dalam masyarakat dalam tempoh tertentu.

Tetapi, sesebuah buku, atau rencana yang buruk mungkin diwarisi dari generasi ke generasi. Justeru, kadar dosa yang ditanggung oleh seseorang itu berdasarkan kadar keluasan daerah keburukan yang ditebarkan.
Adalah tidak mustahil kadang-kala hanya dengan satu perkataan yang ditulis menyebabkan kerosakan yang bukan sedikit kesannya. Demikian juga, tidak mustahil juga, dengan satu perkataan dapat diselamat kezaliman dari tercetus.
Sabda Nabi s.a.w:(maksudnya): “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik 2/163 dan al-Tirmidhi 4/559).
Sepatah ucapan atau tulisan mampu menghalang kezaliman atau menyelamatkan individu, masyarakat dan negara. Juga, sepatah ucapan atau tulisan boleh menyebabkan ada pihak yang dizalimi, atau kerosakan individu, masyarakat dan negara.

Ini merangkumi ucapan dalam pidato, sembang-sembang, bisik-bisikan dan seumpamanya. Demikian juga tulisan samada dalam bentuk surat menyurat, sms, pada iklan, rencana, buku dan seumpamanya.
Betapa banyak tulisan yang telah menggerakkan perkara-perkara besar yang memberi manfaat kepada masyarakat. Juga betapa banyak pula tulisan yang mampu menghalang kezaliman pihak tertentu.
Demikian juga betapa banyak tulisan yang membawa keburukan, kezaliman, pengubahan hakikat dan fakta sebenar dalam kehidupan masyarakat.

Pena Jujur Bukan Pedang Si Zalim
Pena yang amanah bukan seperti pedang si zalim yang mencederakan sesiapa sahaja yang dibencinya. Pena yang amanah bagaikan pedang keadilan yang hanya menghukum yang zalim dan mempertahankan yang benar.

Pedang si zalim amat berbeza dengan pedang perwira yang soleh. Pedang si zalim tidak pelu bertanya tentang salah dan bukti untuk ia menebas seterusnya. Dia hanya perlu tahu siapa yang ada di hadapannya? Orang yang dia suka atau yang dia benci.

Sesiapa yang dibenci, maka dia dihukum walaupun dosanya tidak terbukti, atau kadar dosa itu belum cukup untuk dia dihukum demikian rupa. Ini bercanggah dengan arahan Allah dalam
Surah al-Maidah: 8:(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Penulis Bukan Pelacur
Pena yang menulis atas kehendak orang lain sedangkan empunya tahu apa yang ditulis itu meminggirkan hakikat kebenaran sebenarnya adalah ‘pena lacur’. Seperti seorang pelacur yang memperalatkan tubuh dan rupanya untuk memuaskan nafsu orang lain atas upahan yang dijanji atau diharapkan, demikian penulis yang memperalatkan kebolehannya mengatur rangkap ayat dan bahasa demi memuaskan kehendak orang lain kerana mengharapkan sesuatu. Allah mengutuk Ahl al-Kitab disebabkan mereka menyelewengkan fakta kitab-kitab Allah kerana mengharapkan habuan dunia.
Firman Allah:(maksudnya) : Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab (Taurat) dengan tangan mereka (mengubah perkataan Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini datang dari sisi Allah”, supaya mereka dapat membelinya dengan harga yang murah (keuntungan dunia yang sedikit). Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. (Surah al-Baqarah: 79).
Penulis Bukan ‘Penyorok Barang’.
Penulis yang amanah juga bukan seperti ‘penyorok barang’ yang menyembunyikan bahan untuk dikeluarkan apabila harga di pasaran baik. Atau terus menyembunyikannya jika dirasakan harga pasaran tidak menguntungkan. Tidak! Pena yang amanah akan mengeluarkan fakta dan menyuarakan kebenaran sekalipun ‘pasaran’ tidak memberangsangkan. Penulis yang jujur tidak akan menyembunyikan fakta yang membela kebenaran demi menunggu ‘harga pasaran’. Jika para penulis bersikap begitu, pena kebenaran akan mati, lantas akan hidup atas bangkai itu tinta kemunafikan. Sebab itu Allah melaknat penyembunyi fakta dalam
firmanNya:(maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).
Pena Bukan Perakam Tanpa Akal
Penulis bukan pelapor setiap yang diterimanya tanpa memikirkan kebenaran dan kesan laporan tersebut. Penulis bukan seperti alat perakam yang hanya merakam apa sahaja tanpa dapat menilai sama ada benar atau salah. Penulis yang amanah, jikapun dia melaporkan sesuatu maklumat yang meragukan, hendaklah dia memberikan komentarnya yang amanah lagi adil mengenainya.

Agar pembaca yang tidak memiliki kemampuan menilai sendiri tergerak untuk berfikir atau merenung sesuatu maklumat itu agar tidak ditelan mentah-mentah.
Justeru itu Nabi s.a.w bersabda: “Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar” (Riwayat Muslim).
Taqwa Memandu Pena
Apabila ilham datang dan semangat pun mengundang, maka pena penulis pun berlari pantas. Sehingga jika tidak berhati-hati, dek derasnya arus idea yang mengalir, dia mungkin terlupa berpaut pada dahan tanggungjawabnya sebagai seorang yang akan dipersoalkan Allah pada Hari Kiamat. Dia mungkin terlupa tujuannya, juga kesannya.

Dia mungkin menganggap tulisannya hanya coretan pena, atau taipan di maya internet, lalu dia lupa ada pihak yang mungkin tercedera tanpa dosa atau tertekan tanpa kesalahan. bak kata al-Quran dalam
Surah al-Nur ayat 15: (maksudnya): “ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”.
Sabda Nabi s.a.w. ketika haji terakhir baginda: “Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Penutup
Wahai penulis, apa yang engkau tulis di atas lembaranmu, ia ditulis di sisi Tuhanmu! Maka ketika tanganmu mencatat di bumi, hendaklah jiwamu mendongak ke langit tinggi!!!

Poligami: Pro-Barat Atau Islam?

Assalamualaikum...

Salam buat semua pengunjung minda sunnah yang dikasihi. Saya mengambil masa yang panjang  untuk berfikir tentang tajuk poligami, untuk ditulis di ruangan ini. Sesuai atau tidak? Pasti lepas ini, mungkin ada wanita yang membaca tulisan saya sejak sekian lama akan merajuk atau kurang senang. Namun, pohon saya ingin menyentuh juga tajuk ini bagi berbicara dengan pandangan lojik feminis sekularis yang cuba menilai isu ini dengan mentaliti Barat.

Saya percaya, pada pemikiran dan pandangan pengunjung sekalian pasti ada pendapat yang berbeza berkaitan dengan isu ini berdasarkan pengalaman dan cara hidup masing-masing. Namun, sepertimana yang kita sediamaklum, dimana pendapat bercanggah, disitu perlunya Al-Qura'n dan Sunnah. Izinkan saya...

Secara umumnya, masyarakat ‘Barat’ ini menganggap seseorang lelaki memiliki perempuan simpanan atau ‘mistress’ adalah perkara biasa. Bahkan menjadi trend di Barat ini untuk pasangan hidup bagaikan suami isteri tanpa perkahwinan yang diiktiraf. Bertukar-tukar atau menambah bilangan ‘mistress’ bukanlah satu keganjilan.

Namun pemikiran dan undang-undang mereka tidak menerima seseorang lelaki memiliki lebih dari satu isteri atau berpoligami. Poligami bagi mereka mempunyai unsur penghinaan terhadap wanita, atau unsur kerakusan nafsu lelaki. Sementara perempuan simpanan atau seks dengan wanita tanpa perkahwinan bukan satu penghinaan atau kerakusan nafsu.

Eksploitasi setiap inci alur tubuh wanita dalam media mereka juga adalah bagi mereka lambang kebebasan dan kemerdekaan wanita. Adapun wanita muslimah yang menutup auratnya dengan rela adalah lambang kezaliman atau penghalangan hak wanita.

Malang sekali, aliran ‘liberal melulu’ yang menghantui sesetengah pihak, termasuk di negara kita yang menonjolkan diri sebagai pejuang hak wanita, menelan cara fikir Barat ini lalu menjadikan isu poligami dan menutup aurat sebagai sasaran.

Berbalik kepada isu poligami, perkara yang selalu dibangkitkan adalah bahawa ia menafikan hak wanita atau merendahkan wanita. Padahal beza antara seorang isteri kedua, atau ketiga, atau keempat dengan seorang wanita simpanan begitu besar.

Selain dari soal haram dan halal yang dilihat pada neraca agama, seorang yang berstatus isteri mempunyai hak ke atas suaminya; hak nafkah, hak keturunan anak, hak keadilan pembahagian hari dan harta, hak dihormati dan disayangi, hak untuk tidak dipersiakan apabila jemu dan berbagai lagi.

Sementara seorang ‘mistress’ yang ‘dijamah’ dalam senyap atau terang, boleh ditinggalkan tanpa pesan apabila jemu dan diratah apabila bernafsu, tiada apa hak yang boleh dituntut atas kekudusan perkahwinan.
Mereka memandang sinis kepada poligami tapi menganggap fonomena biasa bagi perempuan simpanan. Poligami bagi mereka membawa ketidakadilan antara wanita. Mereka patut ditanya; apakah memiliki perempuan simpanan itu adil bagi wanita? Begitu juga, apakah hidup ‘berumahtangga’ tanpa kahwin itu penghormatan bagi wanita?

Ramai masyarakat Barat ini menyangka bahawa hanya Islam sahaja yang mengizinkan poligami. Padahal asalnya, seseorang lelaki Kristian diizinkan berkahwin sebanyak mana bilangan isteri yang dia suka, kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa kurun kebalakangan ini gereja menghadkan bilangan isteri kepada satu.

Poligami juga diizinkan dalam Yahudi. Ini berdasarkan undang-undang Talmud, di mana Nabi Ibrahim isterinya tiga, Nabi Sulaiman isterinya seratus. Perlaksanaan poligami berterusan dalam Yahudi sehinggalah Rabai Gersom Ben Yehudah (960-1030M) mengeluarkan perintah menentangnya. Namun masyarakat Yahudi Sephardic yang hidup di kalangan umat Islam terus mengamalkannya sehingga tahun 1950. Namun di Barat, trend hidup pragmatik yang mereka cipta menggantikan agama.

Islam apabila membenarkan poligami, seperti biasa menetapkan dalam setiap perkara peraturan dan disiplinnya. Soal berlaku baik dan adil kepada isteri, bukan sahaja diwajibkan untuk mereka yang berpoligami, bahkan kepada sesiapa yang bermonogami juga wajib melakukan kebaikan dan keadilan kepada isterinya.

 Gambar Hiasan

Jika ada kecuaian mereka yang berpoligami bukan bererti poligami itu buruk, tetapi sikap pelaksananya itu yang salah. Betapa banyak mereka yang monogami yang menzalimi isteri, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan berbagai lagi. Apakah kerana tindakan salah mereka itu, maka monogami juga patut dilarang? Inilah mentaliti kelompok liberal yang tidak terurus pemikiran mereka.

Ramai isteri yang menghantar email kepada saya bahawa mereka tidak dapat terima suami mereka berpoligami. Ya, itu adalah perasaan yang dikongsi oleh kebanyakan wanita. Apatahlagi jika suami mereka itu tidak menunaikan tanggungjawab yang baik selama belum berpoligami pun.

Apabila Allah dan rasulNya mengizinkan poligami, pasti ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Poligami adalah ubat yang dimakan di waktu perlu bukan bila mahu. Poligami dalam sejarahnya, menyelamatkan wanita-wanita yang kehilangan suami seperti isteri tentera yang terkorban kerana umat. Mungkin mereka masih muda dan perlukan perlindungan. Jika diharapkan orang bujang, biasanya mereka mencari pasangan dara. Siapa yang akan mengambil tanggungjawab ini? Biasanya lelaki yang stabil dan matang mampu mengendalikan mereka. Mereka ini kebanyakan sudah berkahwin.

Saya lihat dalam negara kita, poligami dapat membantu wanita yang baru menganut Islam yang kadang-kala tiada orang bujang yang dapat menjaga mereka dengan baik.

Wanita sama seperti lelaki terdedah kepada sakit dan ketidakmampuan seks. Jika suami tidak mampu dari segi seks, isteri boleh menuntut dipisahkan perkahwinan. Jika isteri tidak bermampuan dari segi seks, amat tidak wajar wanita yang lemah dan sakit ditinggalkan begitu. Namun, dalam masa yang sama naluri suami juga hendaklah diraikan. Poligami boleh menyelesaikannya.

Begitu juga jika isteri tidak mampu melahirkan zuriat, apakah patut suami menceraikannya? Poligami sebagai penyelesaian keinginan kepada zuriat keturunan. Maka apabila Islam membenarkan poligami, ia adalah ubat.
Barangkali juga ada isteri yang tidak terdaya melayan kehendak suami yang ‘tinggi’ dalam seks. Poligami juga jalan keluar dari beban ini. Kadang-kala ada lelaki yang berwibawa yang memampukan dia memiliki lebih dari seorang isteri yang diberi keadilan yang rata.

Maka dalam sejarah Islam, poligami tokoh-tokoh telah membuahkan kebaikan ilmu, keluasan keluarga dan keturunan. Berbagai lagi hikmah poligami yang boleh disenarai panjang. Malang sekali, apabila golongan Pro-Barat atau ‘Islam-Liberal’ ini menyatakan tujuan mereka menentang pologami itu kerana hendak membela wanita, apakah pada mereka selain isteri pertama itu bukan wanita? Bukan isteri pertama sahaja wanita, tetapi termasuk yang akan menjadi isteri kedua dan seterusnya. Perasaan dan kehendak mereka juga, adalah tuntutan dan hak wanita yang perlu dihormati.

Pernah saya sebutkan bahawa kadang-kala hukum-hakam Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.

Poligami juga adalah jalan keluar kepada kehendak cinta di luar kawalan. Di zaman ini, untuk seseorang lelaki mendapatkan wanita secara haram, amatlah mudah. Namun jika ada lelaki yang ingin berkahwin sekalipun atas poligami yang membawanya menanggung berbagai risiko, saya rasa dia patut dihormati dan ada nilai tanggungjawab terhadap wanita.

Cuma malangnya, poligami ini jika digunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga mencemarkan institusi berkenaan. Apatahlagi golongan anti poligami ini hanya menonjolkan contoh-contoh buruk poligami dan melupai contoh-contoh baik yang banyak. Lelaki-lelaki yang baik dan berkemampuan patut tampil membawa contoh yang baik dalam perlaksanaan poligami. Sementara yang tidak berkemampuan dan ‘lemah’ kewibawaannya untuk adil, maka janganlah memakan ubat yang tidak diperuntukkan untuk anda.

Wallahu Ta'ala 'Alam

Friday, December 24, 2010

Syiah: Mazhab Atas Nostalgia Lampau

Syiah adalah satu mazhab yang hidup atas ‘nostalgia’ lampau. Muharram adalah salah satu musim golongan Syiah menzahirkan tangisan mereka terhadap sejarah. Isu pembunuhan Saidina Hussain yang sudah berlalu empat belas kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu. Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran ‘kemarahan warisan’.

Syiah sebenarnya bukan bermula dengan isu pokok dalam Islam. Ia hanya bermula dari sebuah aliran politik atau dalam istilah ‘politik kepartian’ lalu dibina dan dibajai sehingga menjadi dogma agama yang tidak dapat dibuang lagi. Isu-isu yang berkaitan dengan polisi pentadbiran pada zaman Saidina Uthman, diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk membina aliran politik pada zaman tersebut. Hari demi hari, dalam usaha mengukuhkan ‘parti’ dan menambah pengikut maka pelbagai nas-nas mula diberikan tafsiran yang mempunyai kepentingan politik, bahkan diwujudkan nas-nas baru bersifat politik yang sengaja diada-adakan.

Emosi
Ertinya, krisis politik dalam kalangan umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w telah diwarisi secara emosi dan kekeliruan. Emosi di sini bermaksud isu-isu itu dilihat hanya pada sudut kehendak aliran politik tertentu, atau sentiment tertentu tanpa cuba merongkaikannya atau memahaminya secara holistic. Isu khalifah atau kepimpinan yang cuba dijadikan warisan keluarga Nabi s.a.w (Ahlul Bait) jika diterima akan menafikan sifat Islam sebagai agama yang tidak berteraskan nepotism atau kepentingan keluarga. Kelayakan manusia dalam kepimpinan menurut nas-nas Islam yang dipegang dalam aliran Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah berasaskan kemampuan (al-quwwah) dan amanah (al-amanah). Sistem warisan dalam kepimpinan seperti yang dipegang oleh Syiah akan mengujudkan kasta aristocrat atau bangsawan yang akhirnya mereka dianggap infallible (maksum) yang tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana kelayakan kepimpinan itu bukan kerana penguasaan mereka terhadap konsep kepimpinan sebaliknya secara warisan yang akhirnya mereka bagaikan wakil Tuhan yang menerima wahyu. Lalu mereka sentiasa dianggap benar dapat segala tindakan. Maka dengan itu akan terbengkalailah ruh syura dalam pemilihan kepimpinan.

Kekeliruan
Adapun, di sudut kekeliruan warisan ia membabitkan kepercayaan pengikut Syiah terhadap apa yang diwarisi dari fakta-fakta sejarah. Peristiwa-peristiwa sejarah lampau telah diwarisi turun temurun secara yakin tanpa mereka menyemak ketepatan fakta-fakta tersebut, atau ia sebenarnya hanya desus-desas politik atau tokok-tambah riwayat atas kepentingan politik. Berasaskan apa yang mereka baca atau warisi mengenai cerita-cerita buruk para sahabat Nabi s.a.w khususnya Abu Bakar, ‘Umar, Uthman, Muawiyah, ‘Amr bin al-‘As atau selain itu, mereka telan bulat-bulat bersama dengan kebencian dan kemarahan ‘politik warisan’. Mereka tidak sempat lagi bertanya sejauh manakah kebenaran fakta tersebut, kerana berita buruk itu adalah berita ‘musuh politik’ mereka. Demikian itu seperti yang kita lihat musuh-musuh politik apabila bertarung antara satu sama lain. Kisah buruk musuh semua ditelan bulat-bulat dan disebarkan seluas-luasnya.

Hal ini bermula sejak penghujung pemerintahan ‘Uthman bin ‘Affan. Fitnah bermula. Dia dituduh menyalahgunakan kuasa, menjaga kepentingan keluarga dan pelbagai lagi. Walaupun sejarah mencatatkan Saidina ‘Uthman telah menjawab semua isu tersebut dengan hebat dan mantap, tetapi jawapan-jawapan itu tidak pernah sampai kepada mereka, kerana mereka enggan membaca atau mengetahui kebenaran musuh politik mereka. Sebenarnya, Saidina Uthman telah cuba membendung gerakan fitnah yang dilancarkan oleh seorang yahudi bernama Abdullah bin Saba –suatu watak yang diakui kewujudannya oleh sumber Syiah dan Sunni-. Dialah yang mencanangkan kempen menjatuhkan ‘Uthman. Dia campuri isu-isu politiknya dengan pelbagai tafsiran agama, termasuklah kononnya ‘Ali bin Abi Talib ialah warisan Nabi s.a.w dalam kepimpinan politik. Rakyat terpinga-pinga. Mereka tiada pengalaman politik seperti itu. Khalifah Uthman yang warak itu menulis surat rakyat: “Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar.

Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka hak mereka. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan diberikan kepada rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca secara sembunyi, atau sesiapa sahaja yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)”. Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/342. Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi).

Namun oleh kerana reka cerita itu atas kepentingan politik, maka fitnah terus disebarkan. Para sahabat Nabi s.a.w tidak terpengaruh dengan fitnah itu, tetapi ia mempengaruhi mereka yang bukan sahabat yang hidup di zaman tersebut. Sehingga para pemberontak datang ke Madinah, berdialog dengan ‘Uthman sendiri. Segala fitnah telah ‘Uthman jawab dengan kemas. Mereka terbungkam. Para sahabat yang menyaksikan mengakui hujah-hujah ‘Uthman. Antaranya Uthman berkata: “Ketahuilah ketika aku dilantik menjadi khalifah, aku adalah orang ‘Arab yang paling banyak mempunyai unta dan kambing. Namun sekarang tidak ada bagiku melainkan dua ekor unta yang aku gunakan untuk menunaikan haji…mereka mengatakan bahawa aku sayangkan kaum keluargaku dan memberikan mereka harta. Sebenarnya, perasaan sayangku kepada kaum keluargaku tidak menyebabkan aku bertindak kepada mereka adalah daripada hartaku sendiri. Aku tidak pernah menghalalkan harta benda orang Islam untuk diriku, tidak juga untuk sesiapa. Demi Allah! Aku tidak pernah mengambil sedikit pun harta atau cukai dari mana-mana wilayah..” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/348). Apa yang pasti tulisan Syiah tidak akan memetik hal ini. Kerna, ini bukan apa yang mereka mahu.

Riwayat Sejarah
Namun, disebabkan fitnah berterusan, khalifah Uthman dibunuh. Selepas pembunuhan ‘Uthman, dunia Islam terus tidak tenteram. Fitnah makin banyak. Berbagai cerita ditokok tambah. Dari cerita politik Saidina ‘Uthman sehingga berlarutan isu Perang Jamal, Siffin, pembunuhan Saidina Hussain dan pelbagai lagi. Buku-buku sejarah mencatatkan pelbagai perkara yang bercampur aduk antara satu sama lain. Cerita-cerita bercanggahan antara satu sama lain. Ada riwayat pro-syiah dan ada yang pro-sunni. Kesemuanya bergantung kepada perawi (narrator). Jika dia fanatik syiah seperti Abu Mikhnaf dan Hisyam bin Saib al-Kalbi maka buruk ‘Uthman, Mu’awiyah dan lain-lain. Kitab al-Umam wa al-Muluk atau dikenali dengan Tarikh al-Tabari yang menjadi pegangan sejarah Sunnah dan Syiah itu meriwayat pelbagai riwayat yang bercanggahan antara satu sama lain. Ini kerana, al-Imam al-Tabari (w. 310) mencatatkan apa sahaja yang sampai kepadanya; tanpa mengambil kira samada sahih ataupun palsu. Ini kerana beliau membiarkan agar para pembacanya menilai berdasarkan sanad-sanad yang dikemukakan dan membuat pembandingan sendiri.

Ini disebut sendiri oleh al-Tabari dalam mukadimahnya: “Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”.(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8).

Kita semua tidak menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku. Demikian juga al-Tabari. Hanya catatan dalam pelbagai rupa yang ada. Membaca sejarah Islam memerlukan pengetahuan tentang disiplinnya. Maka kita hendaklah mematuhi arahan al-Quran: (makasunya) “Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu“.(Surah al-Hujarat: 6). Justeru Ahlus Sunnah mengambil pendirian yang berbeza dalam isu sejarah ini dengan Syiah. Kata al-Imam Ibn Taimiyyah (w. 728): „Ahlus Sunnah wal Jama’ah wa al-Jama’ah berlepas diri daripada sikap golongan al-Rafidah (syiah) yang membenci dan mencerca para sahabat. Mereka juga berlepas diri daripada sikap golongan al-Nasibah yang menyakiti Ahl al-Bayt dengan perkataan dan perbuatan mereka. Ahlus Sunnah wal Jama’ah mengambil sikap mendiamkan diri tentang pertelingkahan yang berlaku antara para sahabat. Mereka mengatakan bahawa kisah-kisah yang diriwayatkan tentang keburukan para sahabat, antaranya adalah dusta atau ia sengaja ditokok tambah atau dikurangkan atau diubah daripada ceritanya yang asal“ (Ibn Taymiyyah, Al-’Aqidah al-Wasattiyyah, hlm. 201).

Atas kedukaan sejarah yang ditokok-tambah itu, atau direka berdasarkan keperluan politik itu, dibina pula berbagai doktrin dan dogma agama yang lain sehingga Syiah akhirnya lahir menjadi satu mazhab yang besar yang akan mewarisi dendam sejarah dari zaman ke zaman. Sebuah buku berjudul Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenen Fakta dan Pembohongan Sejarah, tulisan Dr. MAZA. Persoalan-persoalan ini telah dijelaskan di dalamnya dengan lebih terperinci. Cari, baca, dan telitilah sebagai seorang Ulul Albab.

Apapun, hari ini Syiah telah wujud. Mereka adalah warisan sejarah silam. Tangisan dan amarah yang tidak bersudahan. Hanya atas cerita lama, mereka meriwayatkan sengsara. Soal sejauh manakah ketulenan cerita bukan lagi persoalan. Namun bagi kita, sikap yang adil adalah berdialog dengan mereka. Mereka umat Islam dan ada kelebihan tersendiri. Mereka mazhab yang lahir dari isu politik, maka mereka sangat mahir berpolitik. Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain, adalah keras kepala. Ahlus Sunnah sederhana dalam segala hal.

Sekadar pendapat peribadi dan perkongsian ilmu  yang diambil dari guru yang tercinta…Wassalam

Wednesday, November 17, 2010

"Selamat Hari Raya 'Aidil Adha"


Salam 'Aidil Adha buat semua pengunjung Minda Sunnah, moga dalam keberkatan sekaliannya. Saudaraku, kesilapan dan kekurangan itu satu bukti kukuh bahwa kita ini masih insan yang bergelar manusia, namun ia bukan satu satu alasan untuk kita terus begitu. Di kesempatan ini, saya memohon kemaafan atas segala kekurangan saya saya sebagai manusia dalam bermuamalat bersama anda semua. Saya ucapkan syukran jiddan kepada semua yang telah mengingati dan mendoakan saya. Saya juga akan sentiasa mendoakan anda. Apa lagi yang kita harap sesama manusia jika tidak doa dan nasihat? Semoga ALLAH merahmati kamu semua...

KULLU 'AM WA ANTUM BIL KHAIR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...